Pembinaan gelanggang yang hampir siap

Peserta dan Tetamu pembentang kertas kerja bergambar bersama

Wacana menerima kehadiran 50% kaum lelaki!

Pembentang dan pengulas adalah daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia. Sebuah bengkel telah menghasilkan satu resolusi yang diserahkan kepada Ketua Pembangkang yang akan membawa perkara tersebut dalam Majlis Presiden bagi dapat dilaksanakan dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat dan dalam Sidang Parlimen nanti.

RESOLUSI WACANA GENDER 2010
1.            Mensosialisasikan pengarus utamaan gender dengan lebih intensif dan berkesan ke akar umbi sehingga ia akhirnya menjadi budaya masyarakat Malaysia.
2.            Meletakkan wanita dalam kedudukan yang strategik di peringkat membuat dasar, perancangan taktikal dan operasional.
3.    Merealisasikan situasi dan kondisi (sikon) yang kondusif  bagi mewujudkan iklim demokrasi tulen di peringkat kerajaan, parti politik dan NGO.
4.    Mewujudkan Akta SPR yang mewajibkan setiap parti politik meletakkan minimum 30% calon wanita sebagai syarat layak bertanding dalam mana-mana pilihanraya dan perhalusi mekanismenya agar tidak merugikan wanita.
5.    Mewujudkan dana khusus kepada semua calon  yang bertanding, khususnya wanita dalam pilihanraya kerana ianya menjadi halangan utama wanita melibatkan diri dalam arena politik.
6              Melaksanakan program pembangunan kapasiti wanita yang serius, komited dan berterusan di semua peringkat kerajaan, parti politik dan NGO.
7              Menanam kefahaman pengarus utamaan gender yang bermula di rumahtangga secara menyeluruh.
8              Menyisipkan pengarus utamaan gender di dalam kurikulum di semua peringkat pendidikan negara.
9              Memperkenalkan modul pengarus utamaan gender dalam kursus pra dan pasca perkahwinan secara berkesan.
10           Mengkaji semula amalan-amalan yang mendiskriminasikan wanita dalam penggajian dan kenaikan pangkat dalam sektor awam dan swasta.

Tinjauan saya ke PJS 4 mendapati kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar gagal dilakukan oleh Alam Flora. Begitu juga sikap penduduk yang perlu diubah bagi memastikan kawasan sentiasa bersih dan tidak merebaknya penyakit.

Longkang lama di seluruh kawasan PJS 4 menuntut pembinaan longkang baru namun sementara mencari peruntukan yang cukup daripada MBPJ, longkang tersebut perlu dibersihkan segera.

Dalam perjumpaan saya dengan Ketua Pegawai Bahagian Aduan YM. Tengku Nazaruddin, saya telah meminta pihak MBPJ mngenalpasti longkang-longkang yang perlu dibersihkan dalam kadar segera. Pasukan daripada MBPJ dan Alam Flora akan membuat pemeriksaan dalam masa terdekat dan meminta penduduk memberi kerjasama membuang sampah dalam tong sampah dan tiada membuat penambahan pada bangunan sehingga menutup saluran parit yang ada.

Ramai yang mengidap diabetes

Cermin mata percuma untuk pelajar

Buku latihan, alatulis, botol air, kasut, vitamin, topeng muka, beg sekolah antara barangan yang diberi

Seramai 400 pelajar menerima bantuan kembali ke sekolah

Wajah gembira menerima beg sekolah baru

Mesyuarat pada 23 Disember 2009 telah memutuskan perjumpaan dengan pembeli unit flat kos rendah Blok E, PJS 1 akan dibuat. Pertemuan tersebut diharap dapat menjelaskan keadaan sebenar. Pembeli-pembeli kini tinggal di flat di Lembah Subang dan beberapa keluarga yang masih tinggal di rumah panjang PJS 1.

Sebelum ini, pihak kedua telah bertindak mewakili pembeli-pembeli, namun apa yang berlaku, maklumat tidak sampai kepada pembeli dan rundingan sering menemui jalan buntu.

Kini, rundingan akan dibuat terus dengan pembeli dan tidak melalui pihak kedua dan diharap masalah yang hampir sepuluh tahun akan diselesaikan.

memotong riben depan pintu kabin

Next Page »