KENYATAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR PEMBOHONGAN MENGENAI TAHAP KESIHATAN DATUK SERI ANWAR

Kenyataan oleh Kementerian Kesihatan berkenaan dengan isu perubatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dilaporkan oleh Bernama pada 6 November 2015 mengandungi pelbagai gambaran yang tidak tepat yang perlu diperjelas dan diperbetulkan.

Kenyataan Kementerian sebelumnya dimulakan dengan menegaskan bahawa kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar berlaku sebelum penahanan beliau dalam penjara.

Tidak ada sesiapapun yang menafikan perkara tersebut. Memang benar, Datuk Seri Anwar mengalami kecederaan ini dua tahun sebelum penahanan beliau. Beliau merawat kecederaan tersebut dengan fisioterapi, ubat tahan sakit dan juga suplemen tambahan.

Apa yang kami tegaskan adalah kecederaan tersebut menjadi bertambah teruk disebabkan oleh persekitaran serta keadaan yang begitu teruk sepanjang tempoh 3 minggu pertama beliau dipenjara.

Kesakitan yang dialami beliau menjadi lebih parah lagi disebabkan penafian hak beliau untuk mendapatkan fisioterapi intensif seperti disarankan oleh doktor.

 

Kementerian Kesihatan kemudiannya memberikan gambaran yang tidak tepat, dengan mengatakan panel doktor telah menyarankan beberapa senaman yang akan diajar oleh pakar fisioterapi, dan boleh diamalkan dalam penjara oleh Datuk Seri Anwar sendiri. Kenyataan tersebut menambah bahawa ini adalah fisioterapi standard yang biasa diamalkan.

Seterusnya kenyataan tersebut mengatakan bahawa panel doktor tidak pernah menyarankan fisioterapi intensif.

Kenyataan ini amat mengejutkan, tidak bertanggungjawab dan adalah sebuah pembohongan. Kenyataan ini adalah bercanggah dengan laporan panel doktor yang menilai Datuk Seri Anwar pada bulan Februari, dan kedua, dengan rawatan yang diberi kepada Datuk Seri Anwar apabila beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada bulan Jun dan Julai untuk 4 hingga 5 hari.

Laporan yang bertarikh 10.7.2015 oleh Dr Arshad bin Puji (Doktor Pakar Sukan HKL) mengesahkan bahawa sebelum penahanan beliau, Datuk Seri Anwar memilih untuk menjalani “rawatan konservatif dengan modaliti fizikal dan elektrikal, dan juga ubat tahan sakit.” Beliau juga mengesahkan bahawa sepanjang Datuk Seri Anwar berada dihospital, beliau menjalani “sesi fisioterapi yang mengandungi modaliti fizikal, modaliti elektrikal, modaliti fungsi dan rawatan lain.” Dalam bahasa mudah, Datuk Seri Anwar menjalani sesi fisioterapi intensif harian semasa dihospital yang mana beliau mendapat hasil yang amat memberangsangkan. Dr Arshad mengakhiri laporan beliau dengan mengatan bahawa “dalam keadaan ini, rawatan konservatif adalah rawatan yang paling sesuai untuk merawat kecederaan bahu kanan beliau”.

 

Sebuah lagi laporan oleh Dato Dr Fazir bin Mohamad, Pakar Bedah Ortopedik HKL yang bertarikh 13 Julai 2015, ditulis selepas Datuk Seri Anwar dimasukkan ke dalam hospital buat kali kedua pada bulan tersebut.

Laporan beliau bermula dengan menyatakan bahawa beliau dan doktor pakar yang lain memeriksa Datuk Seri Anwar di dalam penjara pada 24 Februari 2015. Beliau berkata, selepas memberikan diagnosa bahawa Datuk Seri Anwar mengalami “Chronic Rotator Cuff Injury”, beliau mencadangkan bahawa rawatan yang sesuai adalah “fisioterapi untuk mendapatkan kembali pergerakan belakang, ubat tahan sakit dan plaster”. Amat mengecewakan sekali, walaupun saranan ini diberikan oleh doktor, namun ini dinafikan kepada Datuk Seri Anwar disebabkan oleh Datuk Sr Jeyaindran Sinnadurai sehingga beliau dimasukkan ke dalam hospital pada bulan Jun.

Dato Dr Fazir kemudiannya mengesahkan bahawa selepas dimasukkan ke hospital pada bulan Jun, “Datuk Seri Anwar Ibrahim diberkan rawatan fisioterapi intensif harian, dan beliau mendapat hasil yang positif dari rawatan tersebut sehingga beliau dibenarkan keluar pada 5 Jun 2015.”

Dr Fazir menambah selepas penilaian pada 25 Jun 2015, Datuk Seri Anwar dimasukkan ke hospital semula pada 7 July untuk ,enyambung kembali rawatan fisioterapi di dalam wad. Datuk Seri Anwar kembali menerima rawatan tersebut yang mana ianya amat bermanfaat untuk mengurangkan kesakitan beliau.

Jelas, kenyataan Kementerian Kesihatan adalah amat tidak jujur, apabia menyatakan bahawa fisioterapi intensif tidak pernah disarankan ole doktor. Pakar ortopedik sangat mengesyorkan rawatan fisioterapi intensif dari permulaan, dan telah memberikan rawatan tersebut sepanjang Datuk Seri Anwar berada di hospital.

Tegas saya, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurrai, ketua panel doktor yang merawat Datuk Seri Anwar adalah bertanggungjawab dalam menafikan rawatan yang disarankan oleh doktor daripada bulan Mac hinggalah ke hari ini. Apa yang dilakukan adalah Cuma menghantar seorang pakat fisioterapi ke Penjara Sungai Buloh sebanyak 10 kali sehingga hari ini untuk mengajar Datuk Seri Anwar melakukan senaman untuk bahu belia dan rawatan ultarasound. Ini adalah tidak mencukupi berbanding dengan apa yang diterima beliau di Hospital Kuala Lumpur.

Pakar ortopedik bebas juga mengesahkan laporan doktor HKL dan mengatakan bahawa “rawatan fisitoerapi yang intensif dan betul akan mencegah kemerosotan otot pada tendon yang koyak dengan cepat.”

Justeru, isu ini BUKAN mengenai pilihan pembedahan yang sesuai dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti apa yang dikatakan dalam kenyataan Kementerian tersebut.

Isu yang sebenar ialah mengapakah fisioterapi intensif yang disarankan dan diberikan kepada Datuk Seri Anwar semasa beliau dimasukkan dalam hospital masih lagi dinafikan kepada beliau sehingga ke hari ini. Ini telah menyebabkan beliau mengalami kesakitan yang teruk dan akan memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan beliau.

Penafian ini merupakan suatu bentuk seksaan, yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Saya menuntut agar Datuk Seri Anwar Ibrahim samada dimasukkan ke dalam hospital ataupun dibawa ke hospital 3 hari seminggu untuk menerima rawatan ini. Langkah sebegini pernah diberikan kepada beliau semasa beliau ditahan dipenjara buat kali pertama dari 1998 hingga 2004. Tidak ada sebab mengapa ianya tidak boleh dilakukan sekarang.

Rawatan fisioterapi intensif Juga dijanjikan di Parlimen dua Khamis lalu oleh Dato Zahid Hamidi dalam jawapan kepada YB Nurul Izzah Anwar; malangnya masih lagi tidak ada apa-apa tindakan semenjak jawapan Zahid 10 hari yang lepas.

Saya meminta Kementerian Kesihatan bersikap profesional dan bebas dalam isu ini, dan bertanggungjawab penuh atas kenyataan mereka dengan menamakan pegawai yang membuat kenyataan tersebut pada masa hadapan.

16 November 2015

Sivarasa Rasiah

Ahli Parlimen Subang dan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim

PERUTUSAN DEEPAVALI PRESIDEN KEADILAN

Menjelang 10 November ini, sekali lagi masyarakat Malaysia yang beragama Hindu serta di seluruh dunia akan menyamput perayaan Deepavali.

Deepavali bagi masyarakat India adalah bermaksud cahaya yang menjadi penyuluh kepada harapan, kebahagiaan dan kemenangan. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan serta kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan sebagai jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan.

Maka Deepavali pada konsepnya adalah mengajak masyarakat supaya bangkit menentang penindasan.

Baru-baru ini Malaysia dikunjungi aktor tersohor India, iaitu Rajnikanth. Beliau disanjungi kerana sering mengutarakan perjuangan membela golongan marhaen, menentang kezaliman ahli-ahli politik yang memerintah, bangkit melawan kerajaan yang mengamalkan ketidakadilan politik, ekonomi dan sosial.

Mengambil semangat ini bersempena Deepavali, saya menyeru masyarakat India di seluruh negara untuk bersama-sama dengan KEADILAN, untuk memperbetulkan negara dari pelbagai kemelut yang membelenggu.

Rakyat semakin terhimpit dengan kemelesetan ekonomi, kegagalan Umno-BN menguruskan negara yang mengakibatkan berlakunya pelbagai skandal termasuk 1MDB, dakwaan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Presiden Umno, kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar tol dan sebagainya.

Justeru, jika berharap, perayaan Deepavali ini mencetuskan cahaya baharu bagi masyarakat India untuk bangkit berjuang bersama KEADILAN, semoga kita berusaha lebih gigih untuk menyelamatkan Malaysia dan membawa negara kita kembali ke landasan yang betul.

Bagi pihak Parti KEADILAN, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali. Deepavali Naal Valtugal!

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Kedaulatan Malaysia terancam akibat rasuah yang tinggi dalam pertahanan negara.

Semalam, Transparency International (TI) telah mengeluarkan Government Defence Anti-Corruption Index 2015, laporan indeks yang menilai tahap rasuah dalam agensi pertahanan negara-negara di dunia. Pada dapatan kali ini, kedua selepas dapatan pertama pada tahun 2013, Malaysia telah mendapat gred D dalam penilaian indeks kali ini bersama dengan Indonesia, Bangladesh, India, Filipina dan Tunisia.

Walaupun Malaysia memperbaiki gred daripada Band D- sebelum ini, namun Transparency International melahirkan kebimbangan terhadap risiko rasuah yang tinggi dalam sector pertahanan negara.

Dalam penilaian gred secara keseluruhan, Malaysia mencatatkan gred paling corot, Band E, dalam aspek risiko operasi, manakala dalam aspek risiko rasuah politik, risiko rasuah kewangan dan risiko rasuah prokumen atau pembahagian kontrak, Malaysia mendapat gred Band D dalam ketiga-tiga aspek. Pencapaian “terbaik”, kalau pun boleh dianggap baik oleh sektor pertahanan negara, hanyalah Band C dalam aspek risiko rasuah di kalangan anggota tentera.

Ketiadaan pemantauan rapi oleh Parlimen, belanjawan pertahanan yang tidak telus, penguatkuasaan anti rasuah yang lemah dalam perjalanan operasi antara punca utama Malaysia mendapat gred yang cukup rendah.

Lebih mengejutkan, dalam laporan indeks ini, aspek risiko rasuah dalam operasi, yang memperoleh Band E, mendapati terdapat bukti risiko rasuah sangat tinggi dalam operasi Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). Ini sangat membimbangkan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah mengumumkan peruntukan yang amat besar sebanyak RM 523 juta dalam Bajet 2016 untuk ESSCOM. Jika dijumlahkan dengan peruntukan dalam Bajet 2014 dan Bajet 2015, hampir RM 1.3 billion telah diperuntukkan kepada ESSCOM.

Sebelum itu, kerajaan telah membelanjakan RM 174 juta untuk kos Ops Daulat dan RM 2.9 juta untuk penubuhan ESSCOM. Timbul persoalan apakah ESSCOM akan menjadi efektif walaupun diberi peruntukan yang besar di dalam keadaan di mana rasuah dalam pengendalian operasi adalah cukup tinggi. Saya ingin memberi amaran kepada kerajaan ini merupakan soal menjaga pintu sempadan dan perairan negara. Ketirisan di pintu sempadan dan perairan negara terutamanya di Wilayah ESSCOM mampu menggugat kedaulatan negara akibat rakusnya pemerintah membelanjakan wang rakyat kononnya atas alasan menjaga kedaulatan dan keselamatan negara tetapi risiko rasuah rasuah operasi adalah sangat tinggi. Sekaligus, memperjudi nyawa rakyat Sabah dan Malaysia secara keseluruhan.

Beberapa pengesyoran oleh TI-Malaysia seperti penubuhan jawatankuasa peringkat Parlimen telah dibangkitkan oleh saya sewaktu perbahasan peringkat dasar Bajet 2016 tempoh hari yang mendesak kerajaan untuk segera menubuhkan jawatankuasa peringkat Parlimen bagi tujuan memantau dan menilai pembelian aset-aset pertahanan negara. Malangnya sehingga kini tiada jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri.

Selain itu, TI-Malaysia juga mengesyorkan penerbitan belanjawan terperinci didedahkan secara umum dan pendekatan anti rasuah dalam operasi dipertingkatkan bagi memperbaiki skor pertahanan Malaysia.

Saya menggesa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku menteri yang bertanggungjawab menyatakan pendirian beliau terhadap dapatan indeks ini dan melakukan langkah-langkah susulan pencegahan rasuah dalam sektor pertahanan negara.

Rakyat Malaysia tidak akan lupa transaksi penuh kepincangan seperti pembelian kapal selam Scorpene yang menghakis keyakinan rakyat terhadap keperluan pembelian aset pertahanan dan sudah serik dengan pembaziran akibat kos rasuah yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Nyawa dan kedaulatan rakyat Malaysia akan terancam akibat risiko rasuah yang tinggi dalam pertahanan negara !

YB Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ahli Parlimen Bukit Katil

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

ANWAR SHOULD BE GIVEN IMMEDIATE STANDARD PROFESSIONAL EDICAL TREATMENT IN HOSPITAL

1. The Deputy Home Minister Datuk Nur Jazlan Mohamed revealed in parliament that Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) was given ‘special treatment’ during 38 weeks in prison, including 33 times treatment at Sungai Buloh Hospital and attended 10 physiotherapy sessions for his right shoulder pain.
2. This ‘special treatment’ given to Anwar makes us worry about standard of medical care to detainees and prisoners in general and DSAI in particular.
3. This happened despite recommendation by Orthopaedic Specialist for 2-3 times intensive physiotherapy per week.
4. DSAI had severe right shoulder pain due to massive tear of the shoulder joint muscles (massive tear of supraspinatus and infraspinatus muscle as shown by MRI).
5. As a result of the pain he had difficulties in lifting his right arm and severe restrictions in his right arm movements.
6. The main stay of treatment for such conditions is pain relief medications and Intensive Physiotherapy. The Orthopaedic specialist recommended physiotherapy 2-3 times per week . Surgery is done when pain relief medications and physiotherapy fail. What Anwar received was physiotherapy once in 4 weeks.
7. Even with successful surgery, intensive physiotherapy has to be continued for months after surgery to ensure recovery.
8. Failure of the medical team to carryout a simple treatment as advised by specialist i.e., intensive physiotherapy , is astonishing and unbelievable. We believe the professional team of specialists are guided by their hippocratic oath and code of professional conduct and they are not party to the denial of appropriate treatment to DSAI.
9. The home ministry must be held responsible for the restrictions imposed upon DSAI to the extent which is detrimental to his health.
10. Anwar was in prison for crime which he has never committed. UN Working Group on Arbitrary Detention concluded that Anwar’s imprisonment was arbitrary and he was denied a fair trial and was jailed for political reasons. The UN body also said that Anwar’s treatment in prison violates international prohibitions against “torture or other cruel, inhuman or degrading treatment “.
11. The denial of appropriate medical care for DSAI for his shoulder muscle tear is further proof of hidden hands in attempts to torture Anwar into submission.
12. What Anwar requires for his shoulder ailment is standard professional medical care and not ‘special treatment’ as declared by the Deputy Home Minister. We demand standard, appropriate care is given to DSAI in the hospital immediately and free from political interference.

Press Statement by :
Dr Lee Boon Chye (MP Gopeng),
Dato Dr Tan Kee Kwong (MP Wangsa Maju)
Dr Azman Ismail (MP Kuala Kedah)
Dr Michael Jeyakumar Devaraj ( MP Sg Siput)
Dr Michael Teo Yu Kheng (MP Miri)

 
22 KB

SPRINT Highway toll increases/Kenaikan kadar tol oleh SPRINT Sdn Bhd.

PRESS STATEMENT RE SPRINT Highway toll increases dated 14th October 2015.

I have received many queries in social media as to whether I am on the board of SPRINT Sdn Bhd ( in full – Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd ) and whether I supported the toll increase as a member of the board.

These are the facts. I was appointed to the board of SPRINT Sdn Bhd as a representative of Kumpulan Perangsang Selangor Bhd ( KPS) with effect from January 2015.  KPS owns twenty (20) percent of the shares of SPRINT. Gamuda Group owns the other eighty (80) percent.

The question of my support for the toll increase does not arise because the issue was never brought to a board meeting of SPRINT for discussion.  The SPRINT management have implemented the  toll increase pursuant to a letter received about a week ago from Lembaga Lebuhraya Malaysia ( LLM) informing them of several matters – that the Federal Government was not prepared to increase their compensation anymore, that SPRINT could increase their toll rates as specified in the letter and such increases must be announced by the company itself.  The toll increase was then announced. It was not referred to the board of directors by circular resolution or a meeting.

I am not in agreement with such an increase. Given the current state of the economy, this is the wrong time to further burden the people of Selangor and Malaysia with toll increases on top of the continuing increase in prices and GST.  My position is consistent with that of the Pakatan Selangor government headed by Menteri Besar Azmin Ali.

I am therefore writing to the Chairman of SPRINT, Ir. Hj. Yusoff  bin Daud to convene a special board meeting to discuss and review the matter. I have also reported the matter to  Menteri Besar Azmin Ali and will act on any further instructions given by him.

Sivarasa Rasiah
Member of Parliament for Subang

PERNYATAAN AKHBAR bertarikh 14hb Oktober 2015
Kenaikan kadar tol oleh SPRINT Sdn Bhd.

Saya telah menerima banyak soalan di dalam media sosial samada saya adalah ahli lembaga SPRINT Sdn Bhd ( nama penuh adalah Sistem Penyuraian Trafik KL Barat ) dan samada saya telah menyokong kenaikan tol sebagai seorang ahli lembaga pengarah.
Berikut adalah kenyataan.  Pada bulan January 2015 saya dilantik anggota lembaga pengarah SPRINT sebagai wakil Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) yang merupakan pemilik dua-puluh peratus saham SPRINT. Kumpulan Gamuda memiliki baki lapan-puluh peratus saham.

Persoalan sokongan saya sebagai ahli lembaga pengarah untuk kenaikan tol tidak timbul langsung.  Isu kenaikan tol tidak pernah dirujuk kepada lembaga pengarah untuk dibincang.  Pengurusan SPRINT telah melaksanakan kenaikan tol menurut satu surat dariapda Lemabaga Lebuhraya Malaysia ( LLM) yang diterima seminggu lalu yang telah maklumkan, antaranya, saperti berikut – bahawa kerajaan Persekutuan tidak akan bayar lebih pampasan kepada syarikat, bahawa SPRINT boleh naik kadar tol selaras dengan kadar yang tertera dalam surat tersebut, dan syarikat bertanggung jawab untuk mengumumkan kadar kenaikan tol. Ekoran surat itu, kenaikan tol diumumkan oleh syarikat. Perkara itu tidak dirujuk sebelum itu kepada lembaga pengarah melalui pekeliling atau mesyuarat.

Saya tidak setuju dengan kenaikan tol yang telah diumumkan.  Memandangkan keadaan ekonomi sekarang, ini bukan masa yang sesuai untuk menambahkan beban atas rakyat Selangor dan Malaysia dengan kenaikan kadar tol bertambah kenaikan harga barang yang berterusan dan juga GST.  Pendirian saya, saya anggap, adalah selaras dengan pendirian Kerajaan Selangor Pakatan yang dipimpin oleh YAB Menteri Besar Azmin Ali.

Justeru, saya akan menulis kepada Pengerusi syarikat SPRINT, Ir Hj.Yusuff bin Daud untuk memanggil satu mesyuarat khas lembaga pengarah untuk membincang dan kajisemula perkara ini.  Saya telah juga melapurkan perkara ini kepada YAB Menteri Besar Azmin Ali dan akan melaksanakan apa-apa arahan lanjut daripada beliau.

Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Subang

Kerajaan Negeri Bantah Kenaikan Tol

15 Oktober 2015

 Kenyataan Media

Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan kenaikan  kadar tol di 18 lebuhraya di seluruh negara berkuatkuasa hari ini adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali. Kenaikan tol di antara 10 sen sehingga RM4.70 hanya akan membebankan rakyat di dalam keadaan ekonomi negara yang semakin gawat dan kos sara hidup yang semakin tertekan.

Kerajaan Negeri telah memanggil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang masing-masing memiliki saham minoriti 30% dalam syarikat konsesi Lebuhraya KESAS sejak 1993 dan 20% dalam syarikat konsesi Lebuhraya SPRINT sejak 1999 untuk memberikan penjelasan kepada MTES.

Walaupun tidak mempunyai kuasa pemutus dan hanya merupakan pemegang saham minoriti dalam syarikat konsesi lebuhraya, adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri membantah kenaikan tol yang tidak bertanggungjawab dan menekan kehidupan rakyat yang semakin terhimpit akibat kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit.

Kerajaan Negeri kesal kerana keputusan menaikkan tol Lebuhraya KESAS dan SPRINT tidak dibincangkan dan tidak diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah KESAS Holdings Berhad dan KESAS Sdn Bhd serta Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd. Kerajaan Negeri melalui wakilnya telahpun meminta Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah dipanggil segera untuk menggunakan kuasa minoriti bagi menolak cadangan kenaikan kadar tol ini.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor meminta Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan perolehan hasil kutipan cukai GST bagi meneruskan pembiayaan pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya tanpa perlu menaikkan kadar tol.

MOHAMED AZMIN ALI

PENYERTAAN DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH MENGUATKAN PERJUANGAN RAKYAT

Krisis politik dan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia hari ini mendorong rakyat dan pemimpin berfikir betapa perlunya mengambil langkah berani dan membuat anjakan dalam pendirian untuk menyertai gerakan yang menerajui perubahan.

Kita telah menyaksikan bagaimana penjawat-penjawat awam di peringkat tertinggi institusi negara seperti SPRM, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit menampilkan keberanian yang luar biasa dalam pendirian mereka tentang keperluan ketelusan dalam penyiasatan terhadap skandal 1MDB.

Skandal 1MDB telah menyebabkan perpecahan yang dahsyat dalam UMNO. Timbalan Presidennya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilucutkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan salah seorang Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah disingkirkan dari kabinet.

Kecelaruan kepimpinan telah menyebabkan ramai pemimpin UMNO dan parti-parti komponen BN bukan sahaja hilang kepercayaan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, bahkan terhadap masa depan UMNO dan BN sendiri. Persepsi wujudnya tangan eksekutif yang menghalang ketelusan dalam siasatan terhadap skandal kewangan 1MDB semakin menghakis keyakinan terhadap Perdana Menteri dan UMNO.

Sebelum ini saya telah membuat kenyataan bahawa pintu KEADILAN terbuka luas kepada semua yang komited kepada agenda perubahan untuk menyelamatkan Malaysia.

Pada hari ini, kami berasa gembira dan mengalu-alukan penyertaan Dato’ Saifuddin Abdullah ke dalam keluarga besar KEADILAN. Penyertaan beliau sudah tentu akan memperkukuhkan usaha KEADILAN untuk menggembleng perpaduan dan kekuatan rakyat demi perubahan dan pembaharuan.

Dato’ Saifuddin adalah mantan Timbalan Menteri Pengajian tinggi. Beliau bersikap sederhana, terbuka dan konsisten mengungkap pendirian yang mesra pembaharuan. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of the Moderates beliau mempunyai jaringan yang kuat dengan NGO. Jaringan tersebut meliputi pelajar dan generasi muda kerana penglibatan beliau yang meluas dan lama dalam pergerakan pelajar dan belia.

Saya yakin beliau akan menguatkan kedudukan KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat.

Penyertaan beliau bertepatan dengan strategi KEADILAN untuk memberi fokus kepada isu-isu khusus masyarakat Melayu/Bumiputra agar kebajikan mereka akan terbela. Saya bersyukur dengan kehadiran Dato’ Saifuddin Abdullah yang akan dapat bersama-sama mendepani isu-isu Melayu/Bumiputra ini dengan pimpinan KEADILAN yang lain.

Saya juga yakin beliau akan dapat memainkan peranan strategik di dalam Pakatan Harapan untuk memastikan gabungan baru ini menumpukan kepada gagasan idea baru untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

Doa saya supaya beliau terus diberi kekuatan dan dilindungi Allah SWT dalam memperjuangkan nasib dan membela hak rakyat.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
15 Oktober 2015