ADENAN SATEM GAGAL MENGANGKAT SUARA WANITA

Kenyataan Media oleh YB Haniza Talha, Pengarah Pilihan Raya untuk Wanita Keadilan bertarikh 20 April 2016

BN Sarawak baru sahaja mengumumkan calon mereka dan terdapat hanya 5 calon wanita daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. Ini adalah kegagalan nyata di pihak Adenan Satem untuk menangani isu-isu pengundi wanita di seluruh negeri Sarawak. Untuk rekod pengundi wanita adalah melebihi 50%.

Dalam Pilihan Raya Negeri 2011, BN mempunyai 4 kerusi daripada 71 kerusi atau 5.6% kini ia ditambah satu menjadi 5/82 ataupun 6%. Perbezaan 0.4% tidak memberi sebarang impek yang memuaskan. Sebaliknya, Keadilan akan meletakkan 6 calon wanita, termasuk Batu Kitang dan Simanggang, daripada sejumlah 40 kerusi yang dipertandingkan yang membentuk 15% dan mencerminkan kenaikkan dari 4% kerusi wanita yang ditandingi di pilihan raya lepas.

BN Sarawak jauh ketinggalan di mana negara maju menggalakkan kesaksamaan gender dan penyertaan wanita dalam politik. Peningkatan satu calon wanita dari BN masih tidak bersesuaian untuk mewakili pengundi wanita Sarawak.

Lima wanita untuk mewakili sejumlah 571,462 wanita di negeri Sarawak, adalah tidak wajar dan satu tindakan diskriminasi terhadap wanita. Ketidakseimbangan penyertaan wanita ini akan membawa kepada jurang gender yang lebih besar di Malaysia. Malaysia kini jauh ketinggalan dengan negara jiran Indonesia di dalam Global Index Gap dan langkah BN meletakkan hanya 5 calon wanita dari 82 kerusi akan menjadikan kita menyimpang lebih jauh.

Saya menggesa pengundi di Sarawak untuk mengundi lebih ramai calon wanita supaya suara wanita didengari dan dasar yang lebih mesra gender dapat digubal dan diluluskan bagi merapatkan jurang gender. Sarawak memerlukan wakil yang seimbang dari segi gender supaya ADUN-ADUN wanita negeri boleh membawa perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita dan keluarga ke persidangan Dewan Undangan Negeri.

Demi wanita, undilah Keadilan kerana Keadilan memahami wanita.

YB Haniza Talha
Pengarah Pilihan Raya Wanita Keadilan
Timbalan Ketua Wanita Keadilan
ADUN Taman Medan

………………

Press Statement by YB Haniza Talha, Election Director for Wanita Keadilan dated 20 April 2016

Adenan Satem fails women voters

BN Sarawak just announced its candidate line-up yesterday and there are only 5 women candidates out of the 82 seats contested. This is a terrible failure on the part of Adenan Satem to address the concerns of women voters across the state of Sarawak where more than 50 percent of the voters are women.

In the last Sarawak state elections, BN had 4 women candidates out of 71 seats or 5.6 percent for women whereas now, the 5 women candidates make up 6 percent of the total seats contested. The difference of 0.4 percent is not significant. On the other hand, Keadilan will be fielding 6 women candidates, including Batu Kitang and Simanggang, out of a total of 40 seats contested which translates to 15 percent of women candidacy, up from 4 percent in the last election.

BN Sarawak has strayed from our country’s direction to promote gender equality and women’s participation in politics. An increase of one woman candidate from BN still does not appropriately represent Sarawak’s women voters.

Five women to represent a total of 571, 462 women in the state of Sarawak is grossly inappropriate and an act of discrimination towards women. This bias will lead to an even larger gender gap in Malaysia. Already, Malaysia is plummeting behind even Indonesia in the Global Gender Gap Index and this move of fielding only 5 women candidates will make us digress even further.

I urge the voters of Sarawak to vote for more women so that women’s voices are heard and policies are drafted and passed with an acknowledgement towards women’s needs. We need fair representation so that these women state assemblymen may bring up matters related to us and our family in the state assembly. We, the women are primarily concerned over our children’s future and the welfare of our family and community. Women leaders are the only way to ensure that that happens.

For the sake of women, vote Keadilan because Keadilan understands women.

YB Haniza Talha
Election Director for Wanita Keadilan
Timbalan Ketua Wanita
ADUN Taman Medan

…………………

二零一六年四月二十日,公正黨婦女組全国署理主席兼选举主任哈妮扎州議員文告

阿德南辜负了女性选民

砂州国阵昨天刚刚宣布其候选人阵容,八十二个议席当中只有五名女性候选人。这是阿德南关注整个砂拉越里半数以上的女性选民一个可怕衰退。

在过去的州议会选举里,国阵分出四个席位给女性候选人或五点六%。而目前,五名女性候选人只占竞逐国阵总席位的百分之六,点四%的差异并不显著。在另一方面,公正党将在竞逐的四十议席中派出六名女性候选人包括峇都吉当(Batu Kitang)区和成邦江(Simanggang)区,为数候选人当中女性候选人占了十五%。

砂州国阵促进我国政治性别平等和妇女参与目标还离甚远。从国阵增加一名女候选人根本不能适当代表砂拉捞越州的女性选民。

五名女性代表代表了五十一万名在砂拉越州的女性是非常不恰当和对妇女歧视的行为。这种偏见会导致马来西亚更大的性别歧视的差距。目前,马来西亚甚至在全球性别差距指数落后印尼而这一举措仅派出五名女性候选人将使我们更远离一步。

我呼吁砂州选民投票支持更多的女性候选人,使更多妇女的声音听得到和政策需求确认。我们需要公平的性别代表,使这些女性众州议员在州议会把有关我们的事务带进去。我们,女人最主要关注我们孩子的未来,我们的家庭和社区的福利。只有女性领导者可以确保这种情况的唯一途径。

为了全女性,投公正党因为公正党理解女性。

哈妮扎州議員
公正黨婦女組
全国署理主席
选举主任

Leave a comment