KENYATAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR PEMBOHONGAN MENGENAI TAHAP KESIHATAN DATUK SERI ANWAR

Kenyataan oleh Kementerian Kesihatan berkenaan dengan isu perubatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dilaporkan oleh Bernama pada 6 November 2015 mengandungi pelbagai gambaran yang tidak tepat yang perlu diperjelas dan diperbetulkan.

Kenyataan Kementerian sebelumnya dimulakan dengan menegaskan bahawa kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar berlaku sebelum penahanan beliau dalam penjara.

Tidak ada sesiapapun yang menafikan perkara tersebut. Memang benar, Datuk Seri Anwar mengalami kecederaan ini dua tahun sebelum penahanan beliau. Beliau merawat kecederaan tersebut dengan fisioterapi, ubat tahan sakit dan juga suplemen tambahan.

Apa yang kami tegaskan adalah kecederaan tersebut menjadi bertambah teruk disebabkan oleh persekitaran serta keadaan yang begitu teruk sepanjang tempoh 3 minggu pertama beliau dipenjara.

Kesakitan yang dialami beliau menjadi lebih parah lagi disebabkan penafian hak beliau untuk mendapatkan fisioterapi intensif seperti disarankan oleh doktor.

 

Kementerian Kesihatan kemudiannya memberikan gambaran yang tidak tepat, dengan mengatakan panel doktor telah menyarankan beberapa senaman yang akan diajar oleh pakar fisioterapi, dan boleh diamalkan dalam penjara oleh Datuk Seri Anwar sendiri. Kenyataan tersebut menambah bahawa ini adalah fisioterapi standard yang biasa diamalkan.

Seterusnya kenyataan tersebut mengatakan bahawa panel doktor tidak pernah menyarankan fisioterapi intensif.

Kenyataan ini amat mengejutkan, tidak bertanggungjawab dan adalah sebuah pembohongan. Kenyataan ini adalah bercanggah dengan laporan panel doktor yang menilai Datuk Seri Anwar pada bulan Februari, dan kedua, dengan rawatan yang diberi kepada Datuk Seri Anwar apabila beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada bulan Jun dan Julai untuk 4 hingga 5 hari.

Laporan yang bertarikh 10.7.2015 oleh Dr Arshad bin Puji (Doktor Pakar Sukan HKL) mengesahkan bahawa sebelum penahanan beliau, Datuk Seri Anwar memilih untuk menjalani “rawatan konservatif dengan modaliti fizikal dan elektrikal, dan juga ubat tahan sakit.” Beliau juga mengesahkan bahawa sepanjang Datuk Seri Anwar berada dihospital, beliau menjalani “sesi fisioterapi yang mengandungi modaliti fizikal, modaliti elektrikal, modaliti fungsi dan rawatan lain.” Dalam bahasa mudah, Datuk Seri Anwar menjalani sesi fisioterapi intensif harian semasa dihospital yang mana beliau mendapat hasil yang amat memberangsangkan. Dr Arshad mengakhiri laporan beliau dengan mengatan bahawa “dalam keadaan ini, rawatan konservatif adalah rawatan yang paling sesuai untuk merawat kecederaan bahu kanan beliau”.

 

Sebuah lagi laporan oleh Dato Dr Fazir bin Mohamad, Pakar Bedah Ortopedik HKL yang bertarikh 13 Julai 2015, ditulis selepas Datuk Seri Anwar dimasukkan ke dalam hospital buat kali kedua pada bulan tersebut.

Laporan beliau bermula dengan menyatakan bahawa beliau dan doktor pakar yang lain memeriksa Datuk Seri Anwar di dalam penjara pada 24 Februari 2015. Beliau berkata, selepas memberikan diagnosa bahawa Datuk Seri Anwar mengalami “Chronic Rotator Cuff Injury”, beliau mencadangkan bahawa rawatan yang sesuai adalah “fisioterapi untuk mendapatkan kembali pergerakan belakang, ubat tahan sakit dan plaster”. Amat mengecewakan sekali, walaupun saranan ini diberikan oleh doktor, namun ini dinafikan kepada Datuk Seri Anwar disebabkan oleh Datuk Sr Jeyaindran Sinnadurai sehingga beliau dimasukkan ke dalam hospital pada bulan Jun.

Dato Dr Fazir kemudiannya mengesahkan bahawa selepas dimasukkan ke hospital pada bulan Jun, “Datuk Seri Anwar Ibrahim diberkan rawatan fisioterapi intensif harian, dan beliau mendapat hasil yang positif dari rawatan tersebut sehingga beliau dibenarkan keluar pada 5 Jun 2015.”

Dr Fazir menambah selepas penilaian pada 25 Jun 2015, Datuk Seri Anwar dimasukkan ke hospital semula pada 7 July untuk ,enyambung kembali rawatan fisioterapi di dalam wad. Datuk Seri Anwar kembali menerima rawatan tersebut yang mana ianya amat bermanfaat untuk mengurangkan kesakitan beliau.

Jelas, kenyataan Kementerian Kesihatan adalah amat tidak jujur, apabia menyatakan bahawa fisioterapi intensif tidak pernah disarankan ole doktor. Pakar ortopedik sangat mengesyorkan rawatan fisioterapi intensif dari permulaan, dan telah memberikan rawatan tersebut sepanjang Datuk Seri Anwar berada di hospital.

Tegas saya, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurrai, ketua panel doktor yang merawat Datuk Seri Anwar adalah bertanggungjawab dalam menafikan rawatan yang disarankan oleh doktor daripada bulan Mac hinggalah ke hari ini. Apa yang dilakukan adalah Cuma menghantar seorang pakat fisioterapi ke Penjara Sungai Buloh sebanyak 10 kali sehingga hari ini untuk mengajar Datuk Seri Anwar melakukan senaman untuk bahu belia dan rawatan ultarasound. Ini adalah tidak mencukupi berbanding dengan apa yang diterima beliau di Hospital Kuala Lumpur.

Pakar ortopedik bebas juga mengesahkan laporan doktor HKL dan mengatakan bahawa “rawatan fisitoerapi yang intensif dan betul akan mencegah kemerosotan otot pada tendon yang koyak dengan cepat.”

Justeru, isu ini BUKAN mengenai pilihan pembedahan yang sesuai dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti apa yang dikatakan dalam kenyataan Kementerian tersebut.

Isu yang sebenar ialah mengapakah fisioterapi intensif yang disarankan dan diberikan kepada Datuk Seri Anwar semasa beliau dimasukkan dalam hospital masih lagi dinafikan kepada beliau sehingga ke hari ini. Ini telah menyebabkan beliau mengalami kesakitan yang teruk dan akan memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan beliau.

Penafian ini merupakan suatu bentuk seksaan, yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Saya menuntut agar Datuk Seri Anwar Ibrahim samada dimasukkan ke dalam hospital ataupun dibawa ke hospital 3 hari seminggu untuk menerima rawatan ini. Langkah sebegini pernah diberikan kepada beliau semasa beliau ditahan dipenjara buat kali pertama dari 1998 hingga 2004. Tidak ada sebab mengapa ianya tidak boleh dilakukan sekarang.

Rawatan fisioterapi intensif Juga dijanjikan di Parlimen dua Khamis lalu oleh Dato Zahid Hamidi dalam jawapan kepada YB Nurul Izzah Anwar; malangnya masih lagi tidak ada apa-apa tindakan semenjak jawapan Zahid 10 hari yang lepas.

Saya meminta Kementerian Kesihatan bersikap profesional dan bebas dalam isu ini, dan bertanggungjawab penuh atas kenyataan mereka dengan menamakan pegawai yang membuat kenyataan tersebut pada masa hadapan.

16 November 2015

Sivarasa Rasiah

Ahli Parlimen Subang dan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s