Nurul Izzah: Saya dihalang masuk Sarawak

Demi Sarawak
6 Disember 2015

Saya hadir di Sarawak menujukkan solidariti bersama pimpinan tempatan Parti Keadilan Rakyat menjelang pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi.

Saya hadir di Sarawak untuk memberi sokongan kepada bakal calon-calon tempatan KEADILAN menjelang PRN Sarawak.

Saya hadir di Sarawak demi meneruskan agenda menabur bakti kepada rakyat Sarawak menerusi projek mini Parti Keadilan Rakyat #Changemakers #DemiSarawak dengan menyalur lampu jalan, elektrik dan air bersih secara kecil-kecilan di kawasan pedalaman Sarawak.

Malangnya hari ini , saya dihalang masuk ke Sarawak menerusi di bawah seksyen 65 (1) (a) Akta imigresen 1959/63.

Jelas, Akta Imigressen 1959/1963 sebenarnya hanya menyekat penghijrahan beramai-ramai orang Semenanjung ke Sarawak dan Sabah. Akta ini tidak memperuntukkan sekatan kepada ahli parlimen yang berhak menjalankan tugas demi kepentingan rakyat.

Seksyen 67 Akta Imigresen juga tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki Sabah dan Sarawak untuk tujuan aktiviti politik. Apakah sebenarnya rasional kerajaan BN Sarawak menyekat kemasukan saya?

Tindakan ini walau pun di bawah bidang kuasa negeri, tetapi ia bertentangan sekali dengan hak sah saya berpolitik selaku anggota Dewan Rakyat. Lebih mengecewakan lagi, keistimewaan Sarawak dalam perlembagaan digunakan bagi menjaga kepentingan pemimpin BN Sarawak!

Tindakan ini merupakan salah guna kuasa pihak berkuasa negeri yang seharusnya menumpukan agenda keselamatan warga Sarawak daripada anasir pengganas, penjenayah dari dalam dan luar negeri – bukannya ahli parlimen, wakil sah badan perundangan dalam aktiviti politik dan berpersatuan yang sah!

InshaaAllah, saya akan kembali ke bumi kenyalang dan menumpukan segala usaha untuk merancakkan lagi kebajikan anak-anak Sarawak menerusi pimpinan YB Baru Bian serta wakil-wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pimpinan lainnya.

Buat teman-teman semua – semarakkan bumi Sarawak dengan laungan keadilan! Khusus bila masa Sarawak digunapakai untuk meneruskan hayat Barisan Nasional yang tercalar buruk akibat Perdana Menteri dan akaun peribadinya!

‘Hari ini bukan hari untuk kita mengalah, tetapi ia merupakan hari permulaan rakyat Sarawak bangkit menolak BN pada PRN 2016!’

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA KEADILAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s