PERUTUSAN DEEPAVALI PRESIDEN KEADILAN

Menjelang 10 November ini, sekali lagi masyarakat Malaysia yang beragama Hindu serta di seluruh dunia akan menyamput perayaan Deepavali.

Deepavali bagi masyarakat India adalah bermaksud cahaya yang menjadi penyuluh kepada harapan, kebahagiaan dan kemenangan. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan serta kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan sebagai jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan.

Maka Deepavali pada konsepnya adalah mengajak masyarakat supaya bangkit menentang penindasan.

Baru-baru ini Malaysia dikunjungi aktor tersohor India, iaitu Rajnikanth. Beliau disanjungi kerana sering mengutarakan perjuangan membela golongan marhaen, menentang kezaliman ahli-ahli politik yang memerintah, bangkit melawan kerajaan yang mengamalkan ketidakadilan politik, ekonomi dan sosial.

Mengambil semangat ini bersempena Deepavali, saya menyeru masyarakat India di seluruh negara untuk bersama-sama dengan KEADILAN, untuk memperbetulkan negara dari pelbagai kemelut yang membelenggu.

Rakyat semakin terhimpit dengan kemelesetan ekonomi, kegagalan Umno-BN menguruskan negara yang mengakibatkan berlakunya pelbagai skandal termasuk 1MDB, dakwaan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Presiden Umno, kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar tol dan sebagainya.

Justeru, jika berharap, perayaan Deepavali ini mencetuskan cahaya baharu bagi masyarakat India untuk bangkit berjuang bersama KEADILAN, semoga kita berusaha lebih gigih untuk menyelamatkan Malaysia dan membawa negara kita kembali ke landasan yang betul.

Bagi pihak Parti KEADILAN, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali. Deepavali Naal Valtugal!

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s