Julai 2009 – Kepentingan pendidikan tidak dapat dinafikan. Malah, pendidikan dapat mengubah kehidupan sesebuah keluarga, seteusnya masyarakat dan negara. Pihak kerajaan perlu pastikan semua golongan masyarakat mendapat akses kepada pendidikan yang seimbang.
Perdebatan mengenai kaedah pembelajaran dan isi kandungan pembelajaran sentiasa didengar. Terbaru adalah mengenai penggunaan Bahasa Melayu untuk subjek Matematik dan Sains diputuskan; berbalik kepada asal. Keputusan itu walaupun agak lewat, namun ia memberi harapan kepada ramai pelajar yang ketinggalan dalam subjek tersebut untuk kembali baiki prestasi kalau pun tidak cemerlang.
Begitu juga pembelajaran Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan supaya pelajar lebih berdaya saing apabila tamat belajar dan menempuh dunia pekerjaan kelak.
Saya amat tertarik usaha Blessed Penial House Petaling Jaya, yang mengadakan tuisyen percuma bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah bagi subjek Bahasa Inggeris. Pelajar yang daripada keluarga miskin akan diambil dengan van dari rumah mereka dan dihantar pulang selepas selesai kelas. Para pengajarnya terdiri daripada belia-belia sukarela.
Salam Yb,seperti yg dah sye kate,jgn lah dikeluarkan segale kekalutan PR didlm akhbar,sye bersetuju dgn Yb Halimah,” jgn mencuci pakaian kotor di tmpt awam”
YB,tlg lah perbetulkn segala kesilapan itu,sye bersetuju juge dgn YB Hassan Ali,niat nye nak mendahulukn Islam,tetapi wkt ni kite blm cukup kuat,keluarkn lah rambut,tetapi tepung jgn di selerakkan.