Pasaraya tempatan perlu dipertahankan

Julai 2009 – Akhir-akhir ini kebanjiran pasaraya gergasi dari luar begitu ketara. Keadaan ini amat membimbangkan para peniaga tempatan. Sehubungan itu, pihak berkuasa perlu memandang serius dan mengambil tindakan segera bagi memulihkan keadaan tersebut.

Hak para peniaga tempatan perlu dipertahankan demi menjaga ekonomi serta pembangunan dan perkembangan dunia perniagaan dalam Malaysia.

Pada 26 Julai baru-baru ini, Pasaraya Bintang telah membuka sebuah lagi cawangannya di Sri Manja. Langkah tersebut akan memberikan penduduk sekitar di sebelah Selangor dan Wilayah Persekutuan KL mendapat barangan keperluan pada harga yang berpatutan. Dalam tinjauan yang dibuat, ramai yang menyambut baik pembukaan pasaraya baru tersebut kerana mereka dapat membeli barangan keperluan di bawah satu bumbung dan hampir dengan kediaman mereka.

Penduduk setempat menyambut baik pembukaan pasaraya

Penduduk setempat menyambut baik pembukaan pasaraya

Majlis Pembukaan Pasaraya Bintang Sri Manja
Majlis Pembukaan Pasaraya Bintang Sri Manja