Jul 2009 – Bekas Naib Presiden MIC S.Subramaniam dan rakan-rakan telah membuat keputusan meninggalkan MIC. Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Parti Keadilan Rakyat terus menjadi pilihan pemimpin-pemimpin veteran dan muda. Ini juga sekali gus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat semakin goyang.
Kebelakangan ini, terdapat pemimpin-pemimpin veteran BN yang beralih parti. Perkara ini memberi tamparan hebat kepada parti komponen BN, ditambah dengan kemelut yang sedang dialami dalam Umno sendiri.
Usaha mengalihkan pandangan rakyat terhadap permasalahan dalaman BN terpaksa diadakan, bagi mengelak morale anggota BN dilemahkan dan hilang keyakinan.