Peranan Masjid yang perlu diperkasakan

DSC04350

DSC04362

DSC04419

Ogos 2009 – Institusi Masjid di Malaysia perlu diperkasakan. Setelah merdeka, masjid-masjid dan surau-surau telah menjadi tempat peribadatan orang-orang Melayu. Istilah peribadatan digunakan kerana upacara-upacara yang khas berkaitan agama dijalankan di situ.

Namun, peranan institusi tersebut menjangkau lebih daripada itu, sepertimana yang ditujukkan oleh Rasulullah saw. Masjid pada zaman baginda menjadi pusat kegiatan kehidupan umat Islam. Di situlah berlakunya pendidikan, perniagaan, rundingan-rundingan penting dan pembuatan dasar bagi kerajaan Isla pada ketika itu.

Kini, peranan masjid disempitkan dan terdapat orang-orang Islam juga terkeliru apakah skop bidang yang masjid perlu berperanan. Kekeliruan ini perlu diperbetulkan dan itu merupakan antara peranan jawatankuasa masjid dan surau.

Kerajaan Selangor telah membuat satu perubahan dalam perlantikan jawatankuasa masjid-masjid yang kebiasaannya ditentukan oleh parti politik. Hari ini, jawatankuasa dipilih oleh ahli kariah dan syarat kelayakan bagi mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan merupakan masjid yang juga mengalami pembaharuan tersebut. Jawatankuasa yang baru telah mengorak langkah membawa rebranding kepada peranan masjid. Usaha berat ini sudah tentu berdepan dengan cabarannya yang tersendiri; orang-orang lama yang pada suatu masa berpengaruh kini mencabar JK baru untuk lakukan yang lebih baik. Sudah menjadi sunnahsejak zaman berzaman, setiap yang baik akan diuji akan kebaikannnya.

Syabas diucapkan kepada JK Masjid-masjid yang baru, semoga diberi kekuatan untuk merealisasikan peranan masjid yang lebih luas.

One thought on “Peranan Masjid yang perlu diperkasakan

  1. Pingback: My Blog – 2010 in review « Haniza Talha – Landscaping New Politics

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s