Anak-anak Istimewa perlu bantuan ANDA

Anak-anak yang dihantar ke PDK Tmn Kanagapuram

Anak-anak yang dihantar ke PDK Tmn Kanagapuram

Ogos 2009 – Pada akhir Mac 2009 Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Kanagapuram telah membentuk Jawatankuasa PDK yang sah dan baru selepas bertahun-tahun berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.

PDK tersebut terletak bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling. Selama sepuluh tahun PDK diwujudkan tetapi keadaannya sehingga ke hari ini amat menyedihkan. Peruntukan tahunan yang disediakan oleh JKM tidak digunakan oleh PDK dan banyak masalah komunikasi yang membuatkan PDK beroperasi “hidup segan, mati tak mau”.

Kini, PDK perlu dibangunkan semula bagi memberi peluang kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa mempelajari kaedah terapi bagi anak-anak tersebut.

Kawasan Taman Medan sendiri mempunyai ramai anak-anak kurang upaya ini dan kebanyakan mereka disimpan di rumah sahaja tanpa melalui terapi. Kebergantungan mereka terhadap ibu bapa sangat tinggi disebabkan mereka tidak dilatih untuk berdikari. Keadaan ini menjadi bertambah parah apabila ibu atau bapa yang menjaga anak-anak ini sudah tiada.  Melihatkan situasi yang akan menimpa anak-anak OKU ini, PDK sedang berusaha mengadakan tempat yang lebih sesuai dan selesa bagi ibu bapa membawa anak-anak mereka mengikuti terapi serta belajar beberapa kemahiran hidup yang asas. 

Anak down-syndrome (kanan), cerebral-palsy (kiri)

Anak down-syndrome (kanan), cerebral-palsy (kiri)

PDK Kanagapuram kini menyewa ruang di Pusat OKU Insaniah. PDK juga sedang mengumpul dana bagi membuat ubahsuai kepada ruang yang disewa dan melengkapkan dengan peralatan sesuai. Anggaran kos adalah dalam RM 200 ribu. JKM memberi RM50 ribu untk peralatan dan selebihnya jawatankuasa perlu dapatkan daripada para penderma budiman.

Sumbangan tuan, puan akan memberi harapan dan masa depan yang lebih cerah bagi anak-anak istimewa ini. Sumbangan boleh dibuat atas nama ‘Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti Taman Kanagapuram’  NOMBOR AKAUN SEMASA :- 514169334141. Sumbangan boleh mendapat pengecualian cukai.

 

Anak ini terjatuh semasa bayi dan ibu bapanya enggan menjaganya, lalu diserahkan kepada seorang pesara.

Anak ini terjatuh semasa bayi dan mengalami kerosakan bahagian otak, selepas itu ibu bapanya enggan menjaganya, lalu diserahkan kepada seorang pesara.

 

 

 

2 thoughts on “Anak-anak Istimewa perlu bantuan ANDA

    • Yes you can. Please contact Pn Fairuz (penyelia Pumilihan Dalam Komuniti-PDK) 019-3509130 for further assisstance. Thank you in advance for the kind donation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s