Taipan Focus dan penduduk perlu kerjasama

Bumbung flat Impian Baiduri yang sedang dibina tetapi tidak menyelesaikan masalah

Bumbung flat Impian Baiduri yang sedang dibina tetapi tidak menyelesaikan masalah

5 Januari 2009 – Penduduk Pangsapuri Impian Baiduri telah beberapa kali mengadakan mesyuarat bersama pemaju mengenai kerosakan bangunan serta kemudahan seperti lif di situ. Namun, satu mesyuarat ke satu mesyuarat, masalah masih belum selesai.
Pemaju yang bertanggungjawab ialah Taipan Focus Sdn Bhd, yang telah berkali-kali bersetuju untuk
membantu tetapi sehingga kini banyak yang dijanji belum ditunaikan.
Semasa lawatan saya ke tapak, saya telah didatangi oleh seorang wanita yang hampir menangis menceritakan keadaan beliau terpaksa setiap hari menapak tangga ke rumahnya di tingkat 16. Kini, sekolah sudah buka, beliau terpaksa turun naik tangga untuk hantar dan ambil anak dari sekolah.
Inilah masalah besar kebanyakan pangsapuri kos rendah, dengan kerosakan lif yang lambat dibaiki, menyukarkan penghuni pangsapuri. Isu yang sering dibangkitkan oleh pemaju; yuran selenggara tidak dijelaskan, lif rosak kerana penduduk bawa motosikal dalam lif, dan bermacam-macam lagi.
Permasalahan tersebut perlu kerjasama semua dan pemaju tidak boleh menyalahkan penghuni dan begitu juga penghuni tidak boleh serahkan segalanya kepada pemaju. Jika jalan penyelesaian ingin dicapai semua mesti bersetuju untuk saling bantu-membantu.
Pemaju melalui Management Company perlu mencari kaedah mengutip yuran selenggara, dan penghuni mesti jaga kemudahan yang disediakan dalam keadaan yang baik dan tidak dirosakkan atau ‘vandalise’. Jika itu dapat disepakati, saya percaya keselesaan dan keharmonian kehidupan di pangsapuri akan dapat dinikmati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s