Senandung Reformasi 13

Dr Wan Azizah mengenang liku-liku hidup selepas bermula 'reformasi'

2012 April – Wanita Parti Keadilan Rakyat telah mengadakan Majlis Makan Malam “Senandung Reformasi 13” bagi memperingati semua yang bersama-sama dalam perjuangan membawa reformasi dalam negara.

Ulang tahun ke-13 Reformasi membawa banyak memori dan Senandung Reformasi mengiktiraf sumbangan individu-individu yang tidak dikenali tetapi telah sama-sama memberikan sumbangan mereka yang sangat bermakna kepada kelangsungan reformasi dalam Malaysia.

Turut hadir sama, Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, YAB Pn Sri Salbiah Tunut, YB Zuraida Kamaruddin dan seluruh kepmpinan Wanita, Angkatan Muda Keadilan dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Leave a comment