Wanita Keadilan Selangor kecam kenyataan seksis ADUN Btg Kali

 

KENYATAAN AKHBAR (29 NOVEMBER 2012)

“WANITA KEADILAN SELANGOR MENGECAM KENYATAAN BERBAUR LUCAH ADUN BATANG KALI DALAM SIDANG DUN SELANGOR”

 

Pada sidang DUN Selangor ke-12, kali ketiga penggal kelima, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batang Kali, Yang Berhormat Datuk Mohd Isa bin Kassim  telah mengeluarkan kata-kata yang berbaur lucah dan seksis. Ketika beliau mencelah untuk mendapatkan penjelasan sesi penggulungan pihak kerajaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Yang Berhormat Elizabeth Wong tentang isu Hutan Simpan Templer.

 

Beliau yang mengungkapkan kata-kata, “jangan sampai lupa jaga hutan kita sendiri” mengukir senyum sinis sebelum duduk semula, jelas menunjukkan bahawa niat beliau bukan untuk bertanyakan soalan, tetapi lebih kepada mahu menyampaikan mesej berbaur lucah tersebut. Ayat yang diungkapkan juga berbaur seksis dan sungguh memalukan dan menghina kaum wanita.

 

Komen-komen seksis ADUN Batang Kali menggambarkan tahap akhlak beliau yang tidak menghormati wanita dan jiwa yang rendah. Kami juga ingin menasihatkan agar beliau segera sedar bahawa ungkapan beliau itu jelas menggambarkan sikap biadab wakil rakyat dari UMNO khasnya dan BN amnya, memandangkan ini bukan kali pertama berlaku dalam Dewan yang Mulia.

 

Wanita Keadilan Selangor mengecam perlakuan ADUN Batang Kali dan menggesa beliau memohon maaf di dalam Dewan Negeri Selangor dan secara terbuka kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong khususnya dan wanita amnya.

 

Kami menyeru kepada semua wanita terutama sekali di Batang Kali agar menolak wakil rakyat yang memandang rendah terhadap wanita dan merasa tidak bersalah mengeluarkan kata-kata lucah serta menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Akhir sekali, kami menggesa agar tindakan tegas diambil ke atas Yang Berhormat Mohd Isa bin Kassim dan selepas ini mana-mana kenyataan seksis yang bertujuan meremehkan serta merendahkan wanita, perlu dikecam, sebagai tindakan pencegahan.

Wanita Keadilan juga mengesyorkan penekanan terhadap falsafah Hormat Wanita perlu dipertegaskan. Selain itu,.wakil-wakil rakyat dan individu-individu yang berada di peringkat membuat keputusan melalui kursus latihan Peka Gender supaya dapat memahami bagaimana kesan kata-kata mereka terhadap orang lain khususnya wanita seterusnya berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terhadap mana-mana wanita.

 

Wanita Berdaya Harapan Negara

 

 

HANIZA TALHA

Ketua  Wanita Selangor

Parti Keadilan Rakyat juga ADUN Taman Medan

29 NOVEMBER 2011                                                                                                         

                                            

One thought on “Wanita Keadilan Selangor kecam kenyataan seksis ADUN Btg Kali

  1. Nama pun UMNO, sudahlah hutan dara dia orang pun habis di balunnya. Specis UMNO ni apa yang dia kata kat orang tu sebenarnya dia yang buat. MNT, Senawang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s