Pada 12 Jun saya berpeluang merasmikan Majlis Pelancaran Bantuan Untuk Warga Emas, OKU, dan Orang Miskin. Program ini turut juga dihadiri Puan Syarifah yang juga Pengarah Perancang Bandar bagi MBPJ. Selain itu majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Ahli-ahli Majlis MBPJ Prof Madya Dr Melasutra, En Halimey, En Anthony, dan En Selva.
Sebagai langkah awal program ini akan mencari 100 orang golongan yang memerlukan bantuan di Taman Medan. MBPJ adalah agensi yang bertanggungjawap mencari orang yang memerlukan dengan bantuan dari Pejabat ADUN Taman Medan. Golongan sasar adalah warga emas yang tidak berkemampuan, OKU, dan orang miskin.
Antara kemudahan yang akan disediakan adalah van untuk OKU berkerusi roda, kemudahan klinik bergerak, dan bantuan terus ke rumah bagi mereka yang tidak berkemampuan.
Program ini berbeza dengan langkah Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memberi perkhidmatan. JKM memerlukan orang yang tidak berkemampuan pergi kepada mereka. Mungkin ada golongan yang malu untuk meminta bantuan, jadi ini peluang untuk penduduk Taman Medan bagi merasai sedikit nikmat dunia bersama-sama. Dalam islam juga tidak membezakan bangsa, rupa paras, agama, dan keturunan. Jadi saya menganggap setiap lapis masyarakat berhak memperolehi sedikit kemudahan bagi menjamin keterusan hidup mereka
Bersama warga emas Taman Medan yang sama-sama dapat merasai kemudahan yang disediakan melalui program ini


Saya mpunyai ibubapa yang berusia 70tahun keatas warganegara selangor..soalan saya adakah sebarang bantuan/kebajikan yang boleh diberi atau diagihkan kepada warga emas oleh kerajaan negeri selangor,memandangkan kami tidak pernah berbuat demikian utk mrka..sperti kwn2 kami yg mana ibubapa mereka byk yg mdpt bantuan spt dr baitulmal & pusat zakat..bgmanakah cara2nya utk saya memohon bantuan tersebut..?
Puan boleh dptkn syarat2 dan borang d jabatan kebajikan masyarakat daerah dan kemukakn salinan dokumen yg perlu.
Permohonan akan dproses,pihak jkm akan hubungi utk siasatan samada layak atau tidak.
Jika ada pertanyaan boleh hubungi pejabat saya bercakap dgn pn ermee marianna.
Haniza
Terima kasih diatas jawapan..
oku (keusi roda )umur lebih 50 tahun kemana? hendak pergi tiada tempat mengadu.adakah mrk dibiarkan bersendirian?
mana-mana individu sama ada oku,warga emas,keluarga miskin dll, hanya dapat dibantu selepas dikesan sekiranya ada yang melaporkan kepada pihak berwajib. Kita memerlukan jiran2 serta seluruh komuniti menjadi agen proaktif memaklumkan kes2 yang perlu perhatian pihak berwajib.
Salam, saya mpunyai ibu berusia 58thn dan bapa yang berusia 61tahun.warganegara selangor..soalan saya adakah sebarang bantuan/kebajikan yang boleh diberi atau diagihkan kepada warga emas oleh kerajaan negeri selangor mmdgkan kedua2nya sudah tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan tetap.Saya ada mghubungi pusat Zakat d klg ttpi katanya dh ditutup dan d beri utk 60thn ke bawah manakala 60thn ke atas kena rujuk JKM. Sy inginkn penjelasan lnjut sbb d tmpt sy d Pulau Indah mmg ramai golongan Warga Emas dan tiada bantuan yg d salurkan.
JKM ada beri bantuan orang tua ie. bagi mereka yg berusia 60 dan ke atas,yang berpendapatan bawah RM1500. Dapatkn borang permohonan daripada JKM
ank sye mtenye bute sblh,adekah die lyk utk mohon oku?
ada banyak jenis kecacatan; cacat fizikal dan mental. Kalau buta juga termasuk dalam kecacatan fizikal. Boleh daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan akan diberi kad OKU.
Pingback: My Blog – 2010 in review « Haniza Talha – Landscaping New Politics
salam,sya mempunyai seorang anak oku yg berumur 2thn.sya ingin bertanya adakah boleh sya mendapatkan bantuan bg menampung keperluan hariannya cth sprt susu dan sebagainya.
puan asfyda, boleh hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah yg paling hampir utk maklumat bantuan yg disediakan
salam…babai mana cara untuk memohon bantuan untuk memulakan perniagaan?bagaimana cara memohon pinjaman peribadi untuk kegunaan pebelanjaan anak2 saya, kerana saya masih belum mendapat pekerjaan.. saya mempungai kad oku dan mengidap penyakit hapitatis a.b.c……….
saudara imran,
pijaman mikro boleh bantu mulakan perniagaan. Boleh hubungi pejabat saya jika memerlukan maklumat lanjut.
Pinjaman utk perbelanjaan anak-anak tiada. JKM ada membantu keluarga berpndapatan bawah RM800 utk pembelajaran anak sebanyak RM100 sebulan setiap orang maksima 4 anak
Haniza
Assalamualaikum…
Saya mempunyai nenek mertua berumur 78 tahun yang telah terlantar sakit akibat masalah tulang belakang..
akan tetapi beliau memerlukan bantuan secepat mungkin untuk beliau mengurus diri dengan keadaannya sekarang.. meskipun beliau mempunyai anak lelaki 4 orang dan seorang anak perempuan tetapi tidak dapat menghulurkan bantuan. adapun bantuan dari anak perempuannya iaitu mertua saya yang hanya suri rumah sahaja dan suami sudah pencen dan mengharap duit dari anaknya juga. Sekiranya ada yang dapat membantu beliau harap dapat dilawati beliau di alamat no 76 kampung parit kudus, pontian johor. nama nenek mertua Mariamah binti Abd Rasyid…
Pn Norfadilah,
JKM ada sediakan bantuan untuk warga emas. Sila pergi dapatkan bantuan daripada pejabat JKM berdekatan
Saya pemegangkad OKU ingin mendapatkan sebuah rumah di Selangor.Diharap pihak tuan .puan dapat membantu.
Bagi mana-mana individu yang berpendapatan rendah boleh mohon tinggal di flat PPR. Boleh dapat maklumat lanjut di PBT
Adakah senarai keluarga miskin, warga tua atau oku yang sangat2 memerlukan bantuan di sekitar kawasan anda? Jika ada mohon berikan senarai & contact nombor kepada saya, kalo boleh dengan kadar segera. ke email. tq.
senarai nama keluarga miskin dll ada dalam database pusat khidmat kami. Maklumat tersebut tidak dapat diberikan kpd mana-mana pihak sehingga pusat khidmat pasti ia tidak disalahgunakan.
salam …saya nak tnya ,bapa saya berumur 65 thn dan juga ada penyakit kulit sudah tahap x boleh buat kerja ,selain itu juga mempunyai penyakit kencing manis,sy dh cuba untuk dapatkan bantuan kewangan untuk merawat dan meringankan bebannyadi jkm bachok tp tiada apa2 lg stakat ni,lg satu peg jkmbachok cakap kurang sopan dgn warga emas mcm ayah sy ni,minta bg menerapan nilai murni supaya dpt bercakap dgn org tua sopan skit,tima kasih.
Asm sacra faiz, saya hanya boleh jawab untuk yg dalam Selangor shj. Jika boleh buat adman kpd JKM bhw pegawai yg bernama si fulan tidak sopan apabila mengambil aduan/permohonan drp orang ramai. Alamatkan kpd pengarah JKM di situ.
salam sy ingin minta pijaman untuk memulakan perniagan bagaimana cara nya
Asm zakaria, jika di Selangor, boleh mohon bantuan mikro credit Mimbar (untuk bandar) atau skimsel (untuk luar bandar). Ambil borang di mana-mana Pusat Khidmat ADUN. Mereka akan beri maklumat lanjut.
salam,saya nak tanya sikit.saya keja cari besi buruk pendapatan sekitar 400 hingga 600,saya mempunyai 2 orang anak boleh saya dapat bantuan dari pihak badan kebajikan masyarakat
Asm en.nazaruddin, pendapatan bawah RM780 layak utk mohon bantuan JKM. Bantuan yg boleh dipohon ialah bantuan anak sekolah (RM100 seorang anak yg bersekolah).
a,kum…saya nk tanya tentang bantuan kewangan bulanan,suami saya seorang OKU mental.permohonan selama 3 tahun telah pun diluluskan pada 29 November 2011.Jadi kami mempunyai 2 orang anak yang perlu disara dengan hanya menerima RM450 sebulan tidak mencukupi.selama 3 tahun memohon saya tidak menerima bantuan apa pun daripada JKM.Jadi saya nak tahu bagaimana cara untuk
menerima bantuan keperluan harian seperti barang dapur untuk meringankan beban.
Asm puan,
Saya cadangkan puan mohon bantuan perniagaan daripada Lembaga Zakat Selangor. Dengan bet IATA, puan boleh belajar berdikari Dan selepas ini tidal bergantung kepada bantuan untuk Sara hidup
askom,sy nk tnyer tentang ank buah sy umor 7taon OKU pendengaran…sy ingin tahu mcm mne nk wat permohonan bantuan untuk dia..
boleh mohon daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dapatkan borang di pusat khidmat saya
Salam Puan,
Ibu mertua saya berumur 50 an, menetap di Kampung Bukit Changgang, Sepang bersama suaminya. Beliau mengalami masalah penyakit buah pinggang hampir 4 tahun. Sebelum ini pernah mendapat rawatan dialisis dan kini terpaksa beralih kepada rawatan beg pula. Mereka tiada pendapatan tetap tetapi terpaksa menanggung kos membeli air ubat bagi memudahkan prosers rawatan di rumah. Anak-anak tidak mampu memberikan bantuan secukupnya memandangkan mereka sudah sedia menanggung kos-kos lain seperti perbelanjaan harian, pembayaran bil, dsb. Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan dari kerajaan negeri Selangor?
Asm,
Bantuan yang boleh dipohon adalah daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) Dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Daripada JKM, bantuan am atau bantuan orang tua.
Daripada zakat, boleh mohon bantuan perubatan atau bagi rawatan kesihatan.
Aslmlaikum..
.saya mempunyai ayah yang berusia 62tahun..ibu saya berusia 51 tahun..menetap di ipoh perak..ayah saya mengidap penyakit jantung dan penat(lelah)..sebelum ini ayah dan ibu saya mencari rezeki dengan cara menoreh getah..tetapi sekarang keadaan tidak mengizinkan mereka menoreh lgi..ada 3orag adik yang masih belajar di sekolah rendah dan menengah.boleh kah bapa saya memohon bantuan orang miskin?sebelum ini bapa saya ada mengisi borang bantuan dari ketua kmpung tapi tidak pernah dapat bantuan org miskin…bagaimana cara untuk memohon bantuan org miskin?
Bapa puan boleh mohon bantuan anak sekolah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). seorang anak yg masih belajar bernal dapat RM100.
Boring boleh dicta Dari laman web JKM Dan boring yg telah diisi disertakan dengan dokumen yg dinyatakan dlm syarat permohonan dihantar terus kpd JKM daerah yg puan tinggal.
Selamat Berpuasa Dan Ramadhan Kareem!
Selamat Malam Puan. Saya Nak Tanya Bantuan Perniagaan Untuk Warga Emas Yang 50 Tahun Ke atas dr mana kita boleh dapatkan Bantuan -bantuan ini untuk yang bukan islam
Bantuan perniagaan boleh diperolehi daripada skim mikro kredit MiMbar atau Skimsel. Maklumat lanjut di Pusat Khidmat ADUN berdekatan
Aslmlaikum.
saya nak bertanya tentang bantuan untuk ibu saya yang berusia 62th,
dimana boleh saya mendapatkan bantuan bulanan,dan macam mana cara saya untuk memohon bantuan tersebut.saya kurang tahu.ibu saya menjaga 2 org cucu yang kematian ibu bapa dan 2 org oku.
Wsm suzana, Ada tidak kurang drp 8jenis bantuan drp Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ada bantuan orang tua, bantuan anak sekolah, insentif bg OKU yang bekerja dll.
Boleh ambil borang di Pusat Khidmat Rakyat atau Pejabat JKM.
salam puan…saya ada seorang anak OKQ masala pembelajaran,kalau sy buat bantuan tu boleh dapat ka?
Di Selangor bantuan yang boleh dipohon, jika hantar anak ke sekolah pendidikan khas dapat elaun setiap bulan. Mesti ada kad OKU. Boleh daftar dgn skim MUE jika sudah berumur 15 tahun.
saya mempunyai seorang abang Oku.yang tidak boleh bekerja kerana masalah penglihatan selepas kemalangan.hanya mendapat elaun rm150 sebulan,ibu dan ayah pula sudah tiada,dan belum berkahwin,bolehkan saya mendapatkan bantuan sara hidup berupa barang keperluan dapur padanya memandangkan elaun yang diterima tidak mencukupi??
Cik boleh hadir ke Pusat Khidmat Rakyat (No. 25, Jalan PJS 1/32, Taman Medan Pejasa) untuk perbincangan lanjut. Terima kasih.
saya mempunyai anak oku berumur 14 tahun masalah pembelajaran tahun 2008 saya brpindah ke melaka dan anak saya ditempatkan disekolah khas dimelaka dan pada tahun 2012 saya berpindah balik kekuang selangor saya pernah minta masuk pdk tapi jawapan dari pdk dah penoh sekarang anak saya belum bersekolh dan hanya duduk dirumah tanpa mendapat bantuan apa apa dan saya ingin menepattkan anak saya dipdk paya jaras bolehkah saya memohon harap dapat bantuan dari pihak tuan .terima kasih
Puan Hasiah, boleh mohon masuk sekolah pendidikan khas yang berdekatan jika tiada kekosongan di PDK berhampiran. Puan boleh dapatkan maklumat lanjut daripada JKM Selangor