Program Mesra Rakyat PJS 3

Pada 23 Mei 2010 MBPJ telah menganjurkan Program Mesra Rakyat PJS 3 di Padang Medan 32. Saya berpeluang menghadirkan diri ke program ini. Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan, antaranya pertandingan sukan-sukan rakyat seperti tarik tali dan pertandingan mewarna. Program ini merupakan satu aktiviti yang menarik selain dapat merapatkan silaturahim, saya juga dapat mengenali rapat penduduk di DUN Taman Medan.

Melepaskan peserta untuk tarik tali

Pertandingan tarik tali dimulakan

Menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan mewarna

Advertisement

Perbicaraan SELCAT Isu KSSB

Pada 2, 3, dan 4 Jun 2010 saya telah menghadiri perbicaraan SELCAT berkenaan isu KSSB yang diadukan oleh MP Kapar, YB Manikavasagam. Sebagai sebuah kerajaan yang telus dan mengambil cakna isu penyelewangan dan salah urus tadbir. Kami dari SELCAT menerima aduan dan menjalankan siasatan. Pelbagai agensi terlibat dipanggil, termasuk MP Kapar YB Manikavasagam, Exco yang berkaitan YB Yaacop Sapari, Pengarah Urusan KSSB, dan wakil dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Perbicaraan akan bersambung kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Setakat saksi yang dipanggil, masih belum wujud bukti-bukti atau unsur penyelewangan seperti yang dilaporkan. Urus Tadbir Selangor seperti ini diharap dapat membuka mata semua rakyat Malaysia, tentang ketelusan yang diwujudkan. Dalam petandbiran kerajaan, bukan parti politik yang menjadi sebab mengapa perbicaraan ini dilakukan.

Sekurang-kurangnya rakyat tahu bahawa, di dalam pentadbiran kerajaan negeri, terutamanya kerajaan pusat, dan kerajaan tempatan haruslah merentasi parti politik. Perbezaan pendapat harus diraikan, dan penyelewangan akan dicegah. Asas ini membawa keutuhan Pakatan Rakyat.

Meneliti dokumen berkaitan sebelum bergerak ke dewan perbicaraan

Sesi pertanyaan dengan saksi

Antara teman-teman yang hadir. Dari kiri YB Dr Rani (Meru), YB Weng San (Kampung Tunku), YB Hannah Yeoh (Subang Jaya), YB Suee Lim, dan YB Philip (Telok Datok)

Antara orang awam dan wakil media yang hadir

ADUN Bersama Qariah Surau An-Nur

Pada 3 Jun 2010 Surau An-Nur Taman Desa Sepakat telah mengadakan program bacaan Yassin selepas solat Magrib. Alhamdulillah saya sempat menghadiri majlis ini dan sempat memberikan sedikit ucapan kepada qariah surau An-Nur. Perkara yang saya sentuh adalah dengan menghuraikan fungsi surau dengan lebih efektif. Perkara ini penting kerana surau perlu mencari pelapis jemaah dikalangan anak muda. Pada hari ini surau hanya dihadiri oleh golongan dewasa. Mungkin langkah baru yang lebih efektif, surau perlu mencari jemaah, bagi memeriahkan program dan aktiviti yang ada. Setiap manusia perlu difahamkan fungsi surau atau masjid mestilah lebih luas, bukan hanya digunakan semasa perkahwinan dan kematian sahaja.

Menyampaikan sedikit ucapan dan nasihat kepada Qariah Surau An-Nur

Antara jemaah di kalangan muslimin yang hadir

Antara jemaah muslimat yang hadir

Kursus Kepimpinan di Pulapes, Jugra

Pada 5-6 Jun 2010, saya berkesempatan menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Pembangunan Organisasi (Modul Khas Untuk Pusat Khidmat Komuniti DUN Taman Medan. Kursus ini dikendalikan Haji Ismail daripada Ark Campaign School di bawah Biro Latihan PKR. Saya telah melibatkan kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Taman Medan dan sukarelawan DUN Taman Medan. Pelbagai input menarik, kelemahan dan kelebihan pusat khidmat dibawah kendalian saya. Saya berjanji akan terus berusaha memperbaiki, dan akan berkhidmat untuk rakyat

Keadilan Untuk Semua

Merasmikan kursus, dan memberi kata-kata semangat untuk peserta

Haji Ismail yang juga Timb Pengarah Pilihanraya PKR Pusat merangkap Pengarah Pilihnaraya PKR Perak sedang menyampaikan modul kempimpinan

Penyampaian cenderamata kepada peserta

Bloggers terkenal dari Perak Mat Sama Kati (ureka.asia) bergambar bersama peserta

Peserta yang terlibat