Masalah Jalan Berlubang di Taman Medan

Pada 18 Mei yang lalu saya bersama-sama Ahli Majlis MPBJ Prof Madya Dr Melasutra ada melawat beberapa kawasan di PJS 1 dan PJS 2 yang terlibat dengan masalah jalan. Perkara ini saya telah laporkan kepada pihak yang terlibat, dan tindakan lanjut telah diambil oleh pegawai yang terlibat. Jalan yang tidak diperbaiki ini akan membahayakan penduduk terutamanya pengguna motosikal dan basikal.

Perbincangan bersama saya dan Dr Melasutra dengan wakil penduduk

Keseriusan jalan ini dapat saya lihat kerana lori sampah dan lori yang mengangkut bahan binaan yang lalu lalang dijalan ini

Jalan yang telah diturap beberapa kali, tetapi masalah tetap tidak selesai

Jalan yang masih berlubang

Advertisement

Mesyuarat Bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Pada 20 Mei 2010, saya telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pegawai dari Perbadanan Perpustakaan Awam selangor. Mesyuarat ini bertujuan untuk memurnikan perjalanan perpustakaan awam di Jalan PJS 3/32 di Taman Sri Manja. Selain itu perbincangan tentang hari perasmian perpustakaan yang mungkin dirasmikan pada 26 Julai 2010 juga dibincangkan pada mesyuarat ini. Tarikh sebenar perasmian akan saya updatekan kemudian.

Perpustakaan yang diwujudkan di Jalan PJS 3/32 ini bertujuan untuk memberi nilai tambah di dalam pembelajaran anak-anak dan memupuk nilai membaca dikalangan penduduk. Kepada mereka yang ingin meminjam buku bolehlah mendaftar sebagai ahli. Dengan jumlah buku sebanyak 40,000 buah, dilengkapi perkhidmatan wayarless 24 jam dan cafe, kelebihan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk di sini.

Semasa mesyuarat dijalankan

Kejohanan Futsal Piala ADUN Taman Medan

Pada 16 Mei 2010, Kejohanan Futsal Piala ADUN Taman Medan edisi ke-2 telah diadakan di Samba De Futsal, Jalan 223 Seksyen 51A. Kejohanan futsal ini adalah anjuran AMK PJ Selatan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada AMK PJ Selatan di atas peganjuran kejohanan futsal ini. Selain dapat mengeratkan silaturahim anak-anak muda di Taman Medan, kejohanan ini juga dapat mendedahkan anak-anak muda kegiatan yang patut mereka lakukan di waktu lapang selain melepak.

Saya berpeluang untuk menonton perlawanan akhir kejohanan futsal ini. YB Hee Loy Sian juga turut hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding

Piala pusingan kepada pemenang

Perlawanan akhir sedang berlangsung

Penyampaian hadiah kepada naib johan

Bergambar bersama pemenang Kejohanan Futsal Piala ADUN Taman Medan

Saya dan YB Hee Loy Sian bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa program