Pemulihan Sungai Klang perlu ditangani bersama

SHAH ALAM, 12 Nov – Perlaksanaan projek pemulihan dan pembangunan Sungai Klang memerlukan kesefahaman antara kerajaan negeri, Kerajaan Pusat dan pemaju swasta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek ini mampu digerakkan dengan lebih pantas dan menyeluruh jika ketiga-tiga pihak bersetuju untuk duduk semeja dan bergabung tenaga menjayakan rancangan untuk rakyat Selangor ini.

Di Dewan Negeri Selangor hari ini, Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri telah pun merangka kertas kerja memulih dan membangunkan Sungai Klang.

Projek ini adalah sebahagian daripada rancangan rangsangan ekonomi negeri, membangunkan tebing-tebing strategik di sepanjang Sungai Klang untuk sektor hartanah, komersil, pembekalan air dan mobiliti.

“Kita sudah bersedia untuk bekerjasama, malah telah menyerahkan pelan pemulihan dan pembangunan Sungai Klang kepada Kerajaan Pusat. Kita bersetuju dengan konsep ‘Sungai Kehidupan’ yang dirancang Kerajaan Pusat, dan bersetuju untuk mengazetkan kawasan-kawasan yang terbabit bagi menjayakan konsep itu,” kata Khalid.

Menjawab soalan dari Dewan, Tan Sri Khalid berkata, pihaknya menangguhkan dahulu perlaksanaan projek pemulihan Sungai Klang sementara menunggu maklum balas daripada Kerajaan Pusat.

Ini kerana kerajaan negeri amat berminat dengan rancangan ‘Sungai Kehidupan’ kelolaan Kerajaan Pusat, konsep yang berkongsi matlamat dengan rancangan kelolaan kerajaan negeri.

“Adalah lebih baik sekiranya kita bekerjasama dengan Kerajaan Pusat, daripada buat secara berasingan. Beri masa untuk perbincangan yang menyeluruh antara Kerajaan negeri, Kerajaan Pusat dan swasta,” tegasnya.

Tan Sri Khalid menjelaskan kepada dewan bahawa rancangan kerajaan negeri untuk pemulihan dan pembangunan Sungai Klang bersandarkan kepada inisiatif swasta, dan tidak membabitkan peruntukan daripada Belanjawan Negeri.

“Kita bersandarkan kepada konsep dana inisiatif swasta. Kita mengalakkan dana daripada pihak swasta untuk mengerakkan projek ini. Manakala Kerajaan Pusat menggunakan dua konsep, iaitu dana dari Kumpulan Wang dan juga dari inisiatif swasta,” ujar Khalid.

Kerajaan negeri menganggarkan kos projek pemulihan Sungai Klang mencapai RM1.4 bilion, manakala Kerajaan Pusat pula memperuntukkan RM1 trilion untuk projek ‘Sungai Kehidupan’.

SUMBER: SELANGORKINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s