‘Jom Kerja’: Sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Selangor

SHAH ALAM, 12 Nov – Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini diberitahu bahawa sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Selangor sempena promosi program ‘Jom Kerja’ yang bermula November tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Theresa Kok berkata, statistik itu diperoleh daripada Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (cawangan Selangor).

Beliau berkata, sepanjang lima siri program ‘Jom Kerja’ yang diadakan bermula November tahun lepas sehingga Oktober tahun ini, seramai 5,562 calon datang mendaftar dan seramai 2,441 pemohon berjaya ditemu duga.

“Program jelajah ‘Jom Kerja’ ini diadakan dari satu daerah ke satu daerah dan menerima sambutan memberangsangkan daripada rakyat Selangor yang tiada pekerjaan dan ada juga di kalangan mereka mencari peluang pekerjaan baru,” katanya semasa menjawab soalan Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang).

Ahmad Yunus ingin tahu jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan dan sambutan rakyat Selangor terhadap peluang pekerjaan di negeri itu.

Kok berkata, daerah Klang mencatatkan penyertaan tertinggi calon yang menghadiri temu duga, iaitu seramai 2,060 orang.

BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s