Wacana Gender

Peserta dan Tetamu pembentang kertas kerja bergambar bersama

Wacana menerima kehadiran 50% kaum lelaki!

Pembentang dan pengulas adalah daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia. Sebuah bengkel telah menghasilkan satu resolusi yang diserahkan kepada Ketua Pembangkang yang akan membawa perkara tersebut dalam Majlis Presiden bagi dapat dilaksanakan dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat dan dalam Sidang Parlimen nanti.

RESOLUSI WACANA GENDER 2010
1.            Mensosialisasikan pengarus utamaan gender dengan lebih intensif dan berkesan ke akar umbi sehingga ia akhirnya menjadi budaya masyarakat Malaysia.
2.            Meletakkan wanita dalam kedudukan yang strategik di peringkat membuat dasar, perancangan taktikal dan operasional.
3.    Merealisasikan situasi dan kondisi (sikon) yang kondusif  bagi mewujudkan iklim demokrasi tulen di peringkat kerajaan, parti politik dan NGO.
4.    Mewujudkan Akta SPR yang mewajibkan setiap parti politik meletakkan minimum 30% calon wanita sebagai syarat layak bertanding dalam mana-mana pilihanraya dan perhalusi mekanismenya agar tidak merugikan wanita.
5.    Mewujudkan dana khusus kepada semua calon  yang bertanding, khususnya wanita dalam pilihanraya kerana ianya menjadi halangan utama wanita melibatkan diri dalam arena politik.
6              Melaksanakan program pembangunan kapasiti wanita yang serius, komited dan berterusan di semua peringkat kerajaan, parti politik dan NGO.
7              Menanam kefahaman pengarus utamaan gender yang bermula di rumahtangga secara menyeluruh.
8              Menyisipkan pengarus utamaan gender di dalam kurikulum di semua peringkat pendidikan negara.
9              Memperkenalkan modul pengarus utamaan gender dalam kursus pra dan pasca perkahwinan secara berkesan.
10           Mengkaji semula amalan-amalan yang mendiskriminasikan wanita dalam penggajian dan kenaikan pangkat dalam sektor awam dan swasta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s