Khamis (4 April) – Saya berpeluang menyampaikan ceramah di Blok C Rumah Pangsa Taman Medan Jaya.
Alhamdulillah mendapat kehadiran yang baik. Di dalam ceramah, saya menyentuh tentang ciri-ciri pemimpin yang baik, sebagaimana pemimpin-pemimpin Islam dahulu yang kerap turun bersama rakyat untuk memahami keadaan dan merasai kepayahan mereka. Pemimpin seperti inilah yang perlu kita pilih dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang tidak lama lagi.
Saya juga sempat menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar sekolah dalam bentuk kamus bagi membantu pembelajaran mereka.
Terima kasih terutamanya kepada Kak Lah selaku tuan rumah, dan para hadirin yang datang pada malam itu.