Skim Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan

Oleh NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 11 Nov – Kerajaan negeri mewujudkan Skim Pinjaman Mikro Kredit Selangor di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan Selangor, untuk skim pembiayaan modal bagi tujuan memulakan perniagaan.

Antara penerima Skim Pinjaman Skim Mikro Kredit bersama Menteri Besar dan Exco Negeri Selangor baru-baru ini

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari memberitahu, dalam usaha menarik penglibatan golongan muda menceburi bidang keusahawanan, kerajaan negeri turut menganjurkan program-program kursus asas keusahawanan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan Pusat Pengajian Tinggi (IPT).

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undang Negeri, (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, berhubung skim-skim anjuran kerajaan negeri yang bertujuan mengalakkan dan memperkasakan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan.

“Kerajaan negeri juga tidak memfokuskan faktor umur dalam pembangunan usahawan,” katanya.

Tambahnya lagi, fokus utama Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah membantu usahawan yang telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya dua tahun dan berdaya saing.

SUMBER: SELANGORKINI

31 thoughts on “Skim Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan

  1. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut dalam skim pinjaman mikro kredit ini.Borang dan syarat permohonan dan tempat untuk berurusan,

    Skian terima Kasih

  2. salam , puan , saya khairuddin dari O’nine steam burger ( taman medan PJ ) ingin tahu skim kemudahan ini dan ingin atur temujanji perbincangan .tq

  3. salam , saya khairuddin dari o’nine steam burger taman medan pj . number talian 013-3042676..ingin tahu dan temujanji perbincngan

    • Kerajaan negeri ada menyediakan pinjaman mikro kredit bermula Februari 2011 ni. Boleh datang ke pejabat DUN utk maklumat lanjut atau hubungi pegawai yg bertanggungjawab, Raja Fairuz.

  4. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut dalam skim pinjaman mikro kredit ini. Borang dan syarat permohonan dan tempat untuk berurusan.

    Sekian terima Kasih

    • saudara khairul, borang boleh ambil dari pejabat saya seperti alamat di blog ini. Syarat-syaratnya ada dalam borang tersebut. Pegawai saya sedia membantu, sila hubungi Pn Fairuz.

    • Saudara Azrami,
      Pandamaran Jaya adalah dalam DUN YB Ronnie. Sila dapatkan maklumat dan bantuan dari pusat khidmat YB Ronnie.

  5. saya tinggal di bukit beruntung, rawang. bagaimana saya hendak mendapatkan borang dan ketahui lebih lanjut tentang skim ini?

    • Puan Eliza boleh hubungi Pejabat ADUN Rawang, YB Gan Pei Nei dan dapatkan maklumat lanjut serta borang MIMBAR

  6. Salam puan.. Apa syarat untuk saya mendapaykan pinjaman mikro kredit ini? Di mana dan bagaimana saya boleh mendapatkan borang pinjaman tersebut? terima kasih. hubungi saya di 0122243379.

    • Syarat layak pinjaman mikro MIMBAR:
      1. Pendapatan seisi rumah 1500 atau kurang
      2. Warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas
      3. Memiliki aset tidak lebih daripada RM5,000
      4. Menetap, berniaga, bekerja dan mengundi di bandar-bandar negeri Selangor
      5. Mengikut syarat-syarat program yang ditentukan

    • Asm en.Shahedin, setahu saya tiada syarat mengatakan mesti Ada perniagaan Saha boleh mohon. Oleh itu, boleh Cuba mohon atau hubungi pegawai Mimbar untuk dapatkan kepastian

  7. Saya Jamaluddin Mustaffa daripada Kg.Changkat, Gombak ingin mendapatkan bantuan bagi perniagaan Pajak Gadai Islam @ Ar-Rahnu-i dibawah Skim Mikro Kredit selaras dengan skim anjuran kerajaan negeri yang bertujuan mengalakkan dan memperkasakan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan.

    Kertas kerja telah siap dan sedia untuk perbincangan lanjut.

    • Saudara Jamaluddin boleh berjumpa dengan pegawai di pusat khidmat DUN Hulu Kelang atau yang berdekatan untuk dapatkan info lanjut Dan borang Mimbar. Selamat Berjaya

  8. Pingback: natural nusantara

  9. salam,

    saya ingi memohon tetapi saya keliru,

    dimana saya boleh dapatkan borang permohonan dan apa yg perlu saya sediakan??

    saya baru mahu berniaga.

    terima kasih,

    zehan anwar 0172631753

Leave a comment