Tingkatkan pendapatan, kurangkan kadar kemiskinan

Oleh Hafizan Taib

SHAH ALAM, 11 Nov – Meningkatkan pendapatan melalui program keusahawanan dan pembangunan modal insan melalui pendidikan adalah antara strategi dirangka kerajaan negeri bagi mengurangkan kadar kemiskinan bandar ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat.

Selain itu kerajaan negeri menerusi program jangka panjangnya menyediakan kemudahan infrastruktur asas dan meningkatkan kualiti kesihatan keluarga miskin bagi memastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

Jumlah kemiskinan bandar dilaporkan mulai awal tahun ini sehingga Oktober lalu, adalah sebanyak 46,317 keluarga berdasarkan Pelan Garis Kemiskinan (PGK) baru yang diguna pakai selepas 4 Mac 2008, iaitu RM1,500.

Sebelum ini PGK digunakan adalah sebanyak RM731 dengan catatan 9,904 keluarga bagi seluruh negeri Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjawab soalan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail, menjelaskan, antara faktor yang menjadi penyebab kepada kemiskinan itu adalah penghijrahan, kematian ketua keluarga, keadaan ekonomi semasa, kehilangan pekerjaan serta sikap dan mentaliti individu.

Menurutnya, kerajaan negeri merangka beberapa strategi bagi menangani masalah ini supaya taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan, seterusnya mengatasi masalah kemiskinan di luar bandar.

Melalui strategi meningkatkan pendapatan melalui program keusahawanan, kerajaan negeri telah mewujudkan beberapa program seperti pinjaman mikro kredit, program bantuan peralatan, ‘blueprint’, kursus-kursus keusahawanan dan program peningkatan kemahiran.

“Program tersebut dilaksanakan dengan objektif untuk membantu golongan miskin dan berpendaptan rendah berdikari dan meningkatkan pendapatan melalui pelbagai aktiviti keusahawanan,” katanya sewaktu Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Melalui pendidikan, kerajaan negeri memberi fokus kepada pembangunan modal insan bagi anak-anak golongan miskin yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran.

Katanya, Program Teknikal dan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Antarabangsa INPENS, berjaya menempatkan anak-anak golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk meneruskan pelajaran di dalam pelbagai bidang kemahiran teknikal di peringkat sijil.

Kerajaan negeri juga menaik taraf kemudahan di Kolej Antarabangsa INPENS dengan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pembinaan asrama yang akan dapat menempatkan seramai 500 orang pelajar.

Beliau berkata, pertambahan pengambilan pelajar mampu melahirkan ramai tenaga mahir dan dapat membantu anak-anak keluarga miskin dan berpendapatan rendah meneriman pendidikan teknikal dan vakasional.

Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan negeri menyediakan kemudahan infrastruktur asas kepada keluarga miskin menerusi Program Rumah Kerajaan Prihatin dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada golongan sasaran berkenaan.

Tambahnya, program tersebut akan diteruskan bagi memastikan keluarga terbabit mendapat kemudahan asas yang diperlukan seperti rumah, di samping menerima akses kepada bekalan elektrik dan air bersih.

Bagi meningkatkan kualiti kesihatan keluarga miskin, program bantuan kesihatan diwujudkan dengan tiga jenis bantuan kesihatan diberi iaitu rawatan katarak mata, dialisis buah pinggang dan pembedahan kecil.

Program bantuan kesihatan ini dapat mengurangkan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pembiayaan bagi menampung kos rawatan yang semakin meningkat.

Kerajaan Negeri membiayai kos rawatan bagi katarak mata sebanyak RM1,200 (one-off), rawatan dialisis buah pinggang sebanyak RM2,000 seorang (one-off) dan pembedahan kecil tidak melebihi RM5,000 bagi seorang pesakit.

SUMBER: SELANGORKINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s