1.5juta kekosongan dalam bidang maritim

1.5juta kekosongan dalam bidang maritim

Para belia perlu rebut kekosongan sebanyak 1.5juta dalam industri maritim negara. Kekosongan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat berkaitan maritim mengambil pekerja-pekerja asing.

Pejabat DUN Taman Medan telah mengambil inisiatif mengadakan taklimat mengenai kerjaya dalam industri berkaitan kepada para belia.

Pekerjaan dalam bidang ini menjanjikan gaji yang selesa dan suasana kerja yang berlainan daripada pekerjaan di darat.

Usaha ini akan mengurangkan bilangan pengangguran, menaikkan tahap sosio ekonomi penduduk dan seterusnya memberikan kehidupan yang selesa.

Leave a comment