Ibadah Qurban sekitar Dun Tmn Medan

Serahan di Medan Cahaya

Serahan di Medan Cahaya

20131015_130137 20131015_123704 20131015_102240 20131015_105832

Advertisement

Senarai Calon KEADILAN di Selangor Diumumkan

KUALA LUMPUR 15 APRIL: Depan lebih 10,000 rakyat Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor.

Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berlangsung dan dijangka diumum esok.

Calon PKR SelangorCalon Parlimen yang mempertahan jawatan ialah Mohamed Azmin Ali (Gombak), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), R Sivarasa (Subang), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan William Leong (Selayang).

Muka baru pula ialah Dr Aziz Bari (Sabak Bernam), Manivanam Govindasamy (Kapar), Wong Chen (Kelana Jaya), Rafizi Ramli (Pandan) manakala bertanding semula, Khalid Jaafar (Hulu Selangor).

Calon DUN Selangor yang mempertahan kerusi ialah Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Suhaimi Shafiei (Seri Muda), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Haniza Talha (Taman Medan), Amir Shaari (Batu Caves), Gan Pei Nei (Rawang) dan Yahya Sahari (Permatang).

Muka baru ialah Borhan Aman Shah (Dengkil), Lee Chin Cheh (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Hamidi A Hassan (Semenyih), Tengku Marziah Tengku Sulaiman (Kuang), Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).

Tan Sri Khalid Ibrahim pula berpindah dari DUN Ijok ke DUN Pelabuhan Klang manakala Manickavasagam berpindah dari kerusi Parlimen Kapar ke DUN Bukit Malawati.

Anwar turut berterima kasih kepada Loh Gwo Burne, bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya dan Lee Kim Sin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang atas perkhidmatan mereka selama lima tahun.

Daripada: KeadilanDaily.com

Kerajaan PR Selangor bantu SAR,SJKT dan SJKC

Mengumumkan sumbangan bagi kutipan dana membina bangunan baru SJKC Yuk Chyun


Majlis Makan Malam SJKC Yuk Chyun PJS 1

PETALING JAYA 14 Mei – Menghadiri Majlis Makan Malam kutipan dana bagi SJKC Yuk Chyun. Sumbangan ADUN sebanyak RM 2,000 kepada tabung sekolah. Setiap tahun sebanyak RM6juta diperuntukkan kepada SJKC oleh kerajaan negeri Selangor. Yuk Chyun juga telah menerima RM20,000 sebelum ini untuk menaiktaraf perpustakaan sekolah.

Sebanyak 769 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat bantuan pendidikan daripada kerajaan negeri Selangor berjumlah RM32 juta bagi tahun 2009 dan 2010 dalam usaha memperkasa pendidikan di negeri ini sebagai Hub Pendidikan dan Hub Ilmuan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini berkata jumlah tersebut adalah daripada jumlah keseluruhan sebanyak 820 permohonan yang dibuat bagi 2009 dan 2010.

Katanya, daripada 769 permohonan itu sebanyak 320 sekolah bagi tahun 2009 manakala 449 sekolah untuk 2010.

Beliau menambah, pecahan mengikut sekolah adalah 160 buah bagi SAR, 77 (SJKC), 97 (SJKT) bagi 2009 manakala bagi 2010 adalah sebanyak 252 (SAR), 100 (SJKC) dan 97 (SJKT).

“Jumlah permohonan pada 2010 meningkat berbanding 2009 iaitu sebanyak 134 permohonan dan jumlah permohonan yang diluluskan juga meningkat sebanyak 129 permohonan.

Elemen insani perlu dalam rekabentuk Pangsapuri Kos Rendah

YB DS Anwar mengesyorkan model Maju Jaya digunakan untuk flat kos rendah lain


Penghuni flat sangat berterima kasih kerana terpilih untuk program kerajaan negeri

PETALING JAYA 14 Mei – Kerajaan Selangor hari ini melancarkan program pemulihan bandar untuk menaik taraf penginapan kos rendah yang dibina dalam keadaan serba kekurangan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang lalu.

Pengubahsuaian itu akan membabitkan penerapan ciri-ciri insani termasuk kawasan permainan kanak-kanak, ruang istirehat bagi penghuni dengan reka bentuk kediaman bertingkat yang moden dan mesra pengguna, kata Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bangunan pangsapuri terbabit juga akan dicat semula dengan warna yang dipersetujui bersama oleh penduduk terbabit, tambah beliau, ketika melancarkan projek printis program itu di Pangsapuri Taman Maju Jaya, Petaling Jaya Selatan.

Projek itu akan diperluaskan ke seluruh negara jika Pakatan Rakyat diberi mandat menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum akan datang, tambah Anwar.

“Tan Sri Khalid Ibrahim mengungkap istilah pembangunan ini dengan cukup tepat iaitu ‘Merakyatkan Ekonomi’ kalau rakyat tidak dapat pembangunan sebutlah pembangunan berbillion sekali pun, tetapi kita sebagai rakyat berpuluh tahun pun masih seperti ini,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa program pemulihan dan pembaharuan kawasan perumahan bandar amat penting dalam menjana ekonomi negeri sekaligus meningkatkan kualiti hidup penduduk menerusi pengurusan aset yang lebih sistematik dan telus untuk kebajikan rakyat.

Projek printis pembaharuan Pangsapuri Taman Maju Jaya dibiayai sepenuh oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan pihak swasta.

Sektor swasta turut menyumbang khidmat perunding dan reka bentuk pemuliharaan secara percuma sebagai tanggungjawab sosial mereka.

Anwar berkata kejayaan projek itu mampu mengubah landskap pusat-pusat bandar jika dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

“Taman Maju Jaya, Projek Perintis ini adalah projek terpenting untuk Selangor, kemudian kalau kita perintah Putrajaya saya akan ambil projek ini sebagai projek perintis di seluruh Malaysia,” katanya.

Hadir sama, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Ahli Majlis MBPJ Lateefah Koya.

Anwar bersama Adun dan Ahli Parlimen yang hadir kemudian mengecat rumah pangsapuri untuk menandakan pelancaran program itu.

Lebih 500 penduduk setempat hadir di majlis itu.

Adun Taman Medan, Haniza Talha berkata projek itu diilhamkan apabila melihat kerajaan terdahulu membina pangsapuri yang tidak dilengkapi elemen insani sehingga mencetuskan pelbagai masalah sosial dan jenayah.

Pembinaan pangsapuri ketika itu tidak mengambil kira realiti kehidupan berkeluarga besar tetapi dibangunkan hanya untuk mengisi program sifar setinggan yang akhirnya juga gagal dicapai, kata beliau.

“Flat kos rendah yang kebannyakannya didirikan dalam kempen sifar setinggan yang dilancarkan oleh pentadbiran yang lepas. Oleh kerana projek tersebut tergesa-gesa untuk segerakan pelaksanaan kempen itu, maka banyak masalah sosial dan perumahan yang telah timbul dan kesannya berkekalan hingga hari ini.

“Kita akan bersihkan dan baik pulih keadaan ini di seraya Selangor dan bukannya di Taman Medan sahaja,” kata beliau

——————————————————————————–

Blok A, B Medan Maju Jaya juga ingin Ceriakan Kawasan

Bersama penduduk Medan Maju Jaya


Mei 2011 – Perjumpaan antara ADUN Tmn Medan dan penghuni pangsapuri Medan Maju Jaya Blok A dan B. Pertemuan tersebut bagi membincangkan cara menaiktarafkan blok A dan B. Kedua-dua blok yang mengalami kerosakan dan terbiar tanpa penyelenggaraan oleh pihak pemaju atau ‘management company’.

Malam tersebut telah mendapat persetujuan daripada penduduk untuk menaiktarafkan blok A dan B dengan berkongsi kos antara penghuni dan pemaju (akan berbincang dengan pemaju).

Perkara lain yang dibangkitkan; membaikpulih salur air hujan yang sudah rosak, bumbung yang bocor dan masalah pembentungan. Aduan lain, terdapat aktiviti penagihan dadah yang dilakukan di dalam bangunan flat semasa penghuni flat keluar kerja di siang hari.

Semua pandangan dan cadangan telah diambil maklum. ADUN meminta seluruh penghuni memberi kerjasama dalam menjaga kesejahteraan dan keselamatan kawasan sekitar. Pihak Rukun Tetangga boleh mainkan peranan dalam mengendalikan rondaan bagi menjaga keselamatan kawasan sekitar.