Blok A, B Medan Maju Jaya juga ingin Ceriakan Kawasan

Bersama penduduk Medan Maju Jaya


Mei 2011 – Perjumpaan antara ADUN Tmn Medan dan penghuni pangsapuri Medan Maju Jaya Blok A dan B. Pertemuan tersebut bagi membincangkan cara menaiktarafkan blok A dan B. Kedua-dua blok yang mengalami kerosakan dan terbiar tanpa penyelenggaraan oleh pihak pemaju atau ‘management company’.

Malam tersebut telah mendapat persetujuan daripada penduduk untuk menaiktarafkan blok A dan B dengan berkongsi kos antara penghuni dan pemaju (akan berbincang dengan pemaju).

Perkara lain yang dibangkitkan; membaikpulih salur air hujan yang sudah rosak, bumbung yang bocor dan masalah pembentungan. Aduan lain, terdapat aktiviti penagihan dadah yang dilakukan di dalam bangunan flat semasa penghuni flat keluar kerja di siang hari.

Semua pandangan dan cadangan telah diambil maklum. ADUN meminta seluruh penghuni memberi kerjasama dalam menjaga kesejahteraan dan keselamatan kawasan sekitar. Pihak Rukun Tetangga boleh mainkan peranan dalam mengendalikan rondaan bagi menjaga keselamatan kawasan sekitar.

Advertisement

Ribut kali ke-4 melanda Taman Medan

11 September 2010 – Pada Hari Raya ke-2, angin kuat melanda kawasan Taman Medan. Laluan angin kuat meninggalkan serpihan dan kesan kerosakan ke atas harta benda. Syukur ia tidak melibatkan kehilangan jiwa. Banyak pokok yang tumbang dan patah akibat pukulan angin yang kencang.

Saya sempat menziarahi beberapa keluarga yang ditimpa musibah tersebut, yang baru pulang daripada Pahang, Perak dan beberapa tempat lain. Semoga Allah memberikan mereka kesabaran dalam menghadapi ujian ini ketika musim perayaan.

Kesan bumbung flat di LC Sri Manja ditiup angin

Beginilah keadaan bumbung selepas angin kencang!

 

Air hujan menambhkan lagi kerosakan

Sumbangan kuih raya dan sedikit wang bagi meringankan sedikit masalah yang dihadapi

Jalan PJS2/1 akan diluruskan

Cadangan meluruskan Jln PJS2/1 dibincangkan bersama pegawai Jabatan Kejuruteraan MBPJ

Disember 2009 – Kesesakan jalan-jalan utama dalam kawasan Taman Medan boleh dikatakan sepanjang masa dan keadaan bertambah parah apabila waktu sesi sekolah bermula dan tamat.

Jalan-jalan utama,  Jln PJS2/1 membawa kpd Jln PJS2/3 terdapat beberapa sekolah di jalan PJS 2/3; Sekolah Kebangsaan Tmn Datuk Harun, SMK Tmn Datuk Harun, SK Taman Medan dan SMK Taman Medan.

Murid-murid terdedah kepada risiko kemalangan dan keselamatan kerana Jln PJS2/1, PJS2/3 menjadi laluan utama kenderaan bagi penduduk di situ dan pengguna NPE yang mengelak membayar TOL. Ramai pengguna Lebuhraya NPE menghala ke Subang Jaya memasuki Jln PJS2/1 bagi mengelak TOL.

Pada Januari 2009 Pejabat ADUN Taman Medan telah membuat permohonan pada MBPJ bagi meluruskan jalan PJS2/1

RM1.42juta telah diluluskan dalam belanjawan MBPJ 2010 bagi pembinaan jalan yang dipohon iaitu jalan dan parit bersebelahan tembok SK Taman Datuk Harun (seperti dalam peta).

Pembinaan jalan baru tersebut akan meredakan kesesakan jalan di depan SK Tmn Dato’ Harun, SMK Tmn Dato’ Harun, SK Tmn Medan.

SPRM sudah melampau

Julai 2009 – Kematian Teoh Beng Hock datang dengan mengejut dan penuh misteri. Beng Hock dijumpai mati yang terpaksa melalui siasatan di bangunan SPRM.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas CPU, komputer riba dan membawa Pembantu Khas ADUN Seri Kembangan untuk disoal siasat mengenai perbelanjaan Peruntukan ADUN.

SPRM yang bertindak dengan ‘proaktif’ untuk menyiasat perbelanjaan ADUN Pakatan Rakyat kerana ada banyak aduan daripada orang ramai!

Perkara ini amat menghairankan kerana selama ini, dengan laporan rasmi sekali pun, SPRM tidak lakukan siasatan, inikan pula yang tiada aduan rasmi dibuat. Sungguh menakjubkan sekali!
Semua siasatan berkaitan Peruntukan mesti dihentikan selagi kes kematian Beng Hock tidak diselesaikan.
Kehadiran Polis dan FRU di Plaza Massalam

Kehadiran Polis dan FRU di Plaza Massalam

 

Sehari bertemu rakyat – aktiviti hujung minggu ADUN

Mencuba mesin potong rumput

Mencuba mesin potong rumput semasa gotong royong Impian Baiduri

Tembok menghalang laluan murid sekolah

Tembok menghalang laluan murid sekolah

Berikutan pengisytiharan Kempen Kebersihan yang diumumkan oleh pihak MBPJ,

Ziarah ibu tunggal
Ziarah ibu tunggal

zon-zon memulakan gotong royong di tempat masing-masing. Kejayaan kempen ini hanya akan tercapai dengan kerjasama daripada semua yang penting daripada penduduk. Masyarakat perlu berperanan menjaga kebesihan persekitaran tanpa terlalu bergantung kepada pihak MBPJ.

Berjumpa dengan penduduk warga emas di Medan Cahaya

Berjumpa dengan penduduk warga emas di Medan Cahaya

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) telah banyak memberi manfaat kepada keluarga warga emas kerana dengan adanya skim tersebut, pembiayaan kematian warga emas dapat dikurangkan. Pemberian RM2,500 selepas kematian diserahkan kepada pewaris untuk menguruskan pengkebumian.

Kaunter dibuka setiap minggu di tempat berlainan bagi memudahkan warga emas mendaftar.
Selepas itu bergegas ke Taman Tasik di Kelana Jaya untuk sambutan Hari Ibu

Selepas itu bergegas ke Taman Tasik di Kelana Jaya untuk sambutan Hari Ibu

Menyampaikan sumbangan

Menyampaikan sumbangan

Dialog bersama penghuni flat Medan Jaya, Blok C

Dialog bersama penghuni flat Medan Jaya, Blok C

Mendidik masyarakat wujud Persefahaman

Kesesakan di hadapan Sekolah Rendah Agama Medan Harun

Kesesakan di hadapan Sekolah Rendah Agama Medan Harun

Mei 2009 – Kehidupan di bandar sudah mengubah cara hidup dan nilai hidup manusia.

Kesibukan mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di kota telah membuatkan manusia meninggalkan setengah nilai kehidupan yang dipegang semasa hidup di kampung.

Masing-masing berebut peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sering kali menafikan hak orang lain. Sikap pentingkan diri sendiri sudah menjadi perkara biasa, sedangkan dalam agama dan budaya mengajar kita agar memberikan hak masing-masing.

Contoh mudah, kesesakan di hadapan sebuah sekolah yang disebabkan jiran berhampiran meletakkan kereta masing-masing di hadapan pagar masuk sehingga menyukarkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah. Berkali sudah dipohon oleh pihak sekolah agar mengosongkan kawasan di hadapan pagar sekolah, namun masih berdegil. Begitu juga, kenderaan yang menggunakan jalan di situ, memandu begitu laju membahayakan murid-murid yang pergi balik sekolah.

Gotong royong membersihkan kawasan persekitaran

Gotong royong membersihkan kawasan persekitaran

Kehidupan dalam masyarakat memerlukan persefahaman bagi menjamin keharmonian. Sikap tolong-menolong dan saling bantu-membantu perlu dihidupkan. Paling sesuai dimulakan amalan ini dalam unit keluarga, kemudian dalam komuniti.

Kempen penghayatan akhlak mulia perlu dijalankan bagi mengingatkan masyarakat bahawa akhlak mulia meningkatkan nilai kehidupan bahkan memberi ketenangan dan kesejahteraan.
Institusi masjid perlu menekankan dalam kuliah-kuliah betapa mulia dan dituntut setiap yang mengaku dirinya Islam menghormati serta menunaikan hak seorang individu lain tanpa diminta.

Help our houses are sinking! Residents fear being buried alive

By Sheila Sri Priya, Streets-NST 

 
Heng Bung Teik and his wife one of the residents, Chay Chee Sung looking at the cracks in one of the affected houses. — Picture by Nik Rosli Ishak
Heng Bung Teik and his wife one of the residents, Chay Chee Sung looking at the cracks in one of the affected houses. — Picture by Nik Rosli Ishak

PETALING JAYA: For the past 15 years, residents in Jalan SM1, Taman Sri Manja in Batu 61/2, Old Klang Road, have been living in fear that one day they will be buried under their own houses.

Some of the ceilings have cracked so badly that residents have resorted to using beams to support the them.
Some of the ceilings have cracked so badly that residents have resorted to using beams to support the them.

Hundreds of double-storey terrace houses which were built on a former mining pool, are sinking and residents believe that this is because the soil was not compacted properly when the houses were being constructed.

As a result, there is constant soil movement and this has caused cracks in the houses. Residents also complained that there are water leakages, broken pipes and damaged drains.

Several affected houses are being rebuilt by the developer but many of the residents are in the dark as to whether their houses would also be rebuilt.

They claimed that they had been complaining to the developer, Susunan Baru Sdn Bhd, since they moved into their houses 15 years ago but there has not been any firm solution in sight.

The frustrated residents said all the developer did was to carry out minor repairs and touch-ups.

“A neighbour who lived in the same row as us has vacated his house because of these cracks. We can’t go anywhere as we are still servicing our housing loans and we also have other commitments,” said Chay Chee Sung, a resident.

Chay said the floor of her house has cracked so badly that there were patches of different coloured tiles on her porch.

“I have resorted to cementing just a portion of the porch as it is cheaper considering that the cracks will appear again.

“The developer does send his contractors to do some repair work but this is only on the surface. We are worried for our safety,” said Chay.

She said her rooftop and that of her neighbour’s were affected by constant water leakages which stained the walls.

Senior citizen Goh Ah Hock is upset with the constant occurrence of floods in the area. His family had to raise the porch to keep the flood waters at bay.

“I want to continue living here and the developer must do something about this problem,” said Goh.

The residents have proposed several options to the developer. They want the developer to buy back the affected houses based on current market price.

They also called on the developer to provide compensation for the reconstruction of the houses or to rebuild them.

Another option is for the developer to allow the house owners to exchange their damaged houses for shoplots at a two-storey commercial block built by the developer a few metres away.

They also want the developer to provide a legal letter stating its commitment to rebuild the houses if that is the chosen option.

The house owners claimed that the market price for their houses ranged between RM300,000 and RM400,000.

They said that they had rejected the developer’s offer to buy back the houses for RM180,000 as it was unreasonable.

“We don’t mind trading the houses for the developer’s double-storey shoplots and top up the additional cost but we want a fair deal,” said another resident, Heng Bung Teik.

Taman Medan assemblyman Haniza Talha urged the developer to come up with a solution soon to avert a tragedy.

“The residents fear their houses may collapse one day. Lives can’t be replaced with any amount of cash,” said Haniza.

When contacted, a spokesperson from Susunan Baru Sdn Bhd refused to comment, adding that the company’s boss was in China.

Keselamatan penduduk PJ Old Town

Dari kanan; Tang Ahli Majlis MBPJ, YB Haniza ADUN Taman Medan, YB Hee AP PJ Selatan, Ahmad Awang Chief Inspektoe Polis PJ

Dari kanan; Tang Ahli Majlis MBPJ, YB Haniza ADUN Taman Medan, YB Hee AP PJ Selatan, Ahmad Awang Chief Inspektoe Polis PJ

28 Disember 2008 – Isu keselamatan di Petaling Jaya sering menjadi perkara yang merunsingkan para penduduk. Walaupun pembangunan pesat di kawasan bandar satelit tersebut, namun kadar jenayah juga turut ‘berkembang pesat’ juga. Bagi menangani permasalahan tersebut, usaha sedang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat; ADUN Taman Medan YB Haniza Talha, ADUN Bukit Gasing YB Edward Lee dan AP PJ Selatan YB Hee Loy Sian, mendengar sendiri daripada penduduk dan bekerjasama dengan pihak polis.

Chief Inspector Ahmad Awang telah menyatakan kesediaan pihak polis untuk mencari penyelesaian isu keselamatan di PJ dan memohon kerjasama daripada orang ramai. Kerjasama diperlukan bagi memberi maklumat berkaitan insiden-insiden jenayah dan keselamatan kepada pihak polis. Beliau juga memberikan nombor talifon bimbit kepada orang ramai bagi memudahkan orang ramai menghubungi beliau jika ada perkara penting yang perlu tindakan segera dilakukan. Ahmad Awang 019-264 5033.

Penduduk yang turut serta dalam dialog Keselamatan anjuran wakil rakyat PR

Penduduk yang turut serta dalam dialog Keselamatan anjuran wakil rakyat PR