Elemen insani perlu dalam rekabentuk Pangsapuri Kos Rendah

YB DS Anwar mengesyorkan model Maju Jaya digunakan untuk flat kos rendah lain


Penghuni flat sangat berterima kasih kerana terpilih untuk program kerajaan negeri

PETALING JAYA 14 Mei – Kerajaan Selangor hari ini melancarkan program pemulihan bandar untuk menaik taraf penginapan kos rendah yang dibina dalam keadaan serba kekurangan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang lalu.

Pengubahsuaian itu akan membabitkan penerapan ciri-ciri insani termasuk kawasan permainan kanak-kanak, ruang istirehat bagi penghuni dengan reka bentuk kediaman bertingkat yang moden dan mesra pengguna, kata Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bangunan pangsapuri terbabit juga akan dicat semula dengan warna yang dipersetujui bersama oleh penduduk terbabit, tambah beliau, ketika melancarkan projek printis program itu di Pangsapuri Taman Maju Jaya, Petaling Jaya Selatan.

Projek itu akan diperluaskan ke seluruh negara jika Pakatan Rakyat diberi mandat menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum akan datang, tambah Anwar.

“Tan Sri Khalid Ibrahim mengungkap istilah pembangunan ini dengan cukup tepat iaitu ‘Merakyatkan Ekonomi’ kalau rakyat tidak dapat pembangunan sebutlah pembangunan berbillion sekali pun, tetapi kita sebagai rakyat berpuluh tahun pun masih seperti ini,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa program pemulihan dan pembaharuan kawasan perumahan bandar amat penting dalam menjana ekonomi negeri sekaligus meningkatkan kualiti hidup penduduk menerusi pengurusan aset yang lebih sistematik dan telus untuk kebajikan rakyat.

Projek printis pembaharuan Pangsapuri Taman Maju Jaya dibiayai sepenuh oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan pihak swasta.

Sektor swasta turut menyumbang khidmat perunding dan reka bentuk pemuliharaan secara percuma sebagai tanggungjawab sosial mereka.

Anwar berkata kejayaan projek itu mampu mengubah landskap pusat-pusat bandar jika dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

“Taman Maju Jaya, Projek Perintis ini adalah projek terpenting untuk Selangor, kemudian kalau kita perintah Putrajaya saya akan ambil projek ini sebagai projek perintis di seluruh Malaysia,” katanya.

Hadir sama, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Ahli Majlis MBPJ Lateefah Koya.

Anwar bersama Adun dan Ahli Parlimen yang hadir kemudian mengecat rumah pangsapuri untuk menandakan pelancaran program itu.

Lebih 500 penduduk setempat hadir di majlis itu.

Adun Taman Medan, Haniza Talha berkata projek itu diilhamkan apabila melihat kerajaan terdahulu membina pangsapuri yang tidak dilengkapi elemen insani sehingga mencetuskan pelbagai masalah sosial dan jenayah.

Pembinaan pangsapuri ketika itu tidak mengambil kira realiti kehidupan berkeluarga besar tetapi dibangunkan hanya untuk mengisi program sifar setinggan yang akhirnya juga gagal dicapai, kata beliau.

“Flat kos rendah yang kebannyakannya didirikan dalam kempen sifar setinggan yang dilancarkan oleh pentadbiran yang lepas. Oleh kerana projek tersebut tergesa-gesa untuk segerakan pelaksanaan kempen itu, maka banyak masalah sosial dan perumahan yang telah timbul dan kesannya berkekalan hingga hari ini.

“Kita akan bersihkan dan baik pulih keadaan ini di seraya Selangor dan bukannya di Taman Medan sahaja,” kata beliau

——————————————————————————–

Advertisement

Konsep baru pemilikan rumah

SHAH ALAM 16 Jan – Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenalkan satu konsep baru mengenai pemilikan rumah yang selari dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk menyelesaikan masalah polisi pemilikan dan pembinaan rumah di Negeri Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan keperluan perancangan sebegini perlu bagi memastikan penduduk Selangor dapat memiliki rumah mengikut kemampuan mereka.

Khalid membayangkan konsep Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah berbeza dengan konsep biasa yang diamalkan sebelum ini, di mana segmentasi masyarakat terjadi ekoran tiada kawalan penuh mengenai pemilikan dan pembelian rumah oleh individu.

“Itu konsep kita, bukan sekat-sekat, perlu ada mobiliti kepada penduduk untuk berpindah ke tempat lain. Kalau tidak kita akan segmenkan masyarakat. Pada kita masyarakat makin lama akan makin maju sebab itu.

“Kita akan bentangkan nanti sebab itu kita katakan ‘merakyatkan ekonomi’ itu konsep yang besar,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika sidang media sempena Program Menaik Taraf Kehidupan Rakyat Petaling Jaya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Selatan Hee Loy San.

Program naik taraf ini dijalankan bagi membantu penduduk di pangsapuri di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya dapat dicantikkan dan dibaiki sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah mencuba satu polisi dalam satu projek syarikat pemaju TPPT Sdn. Bhd. di mana pembinaan rumah mampu milik untuk menggantikan rumah kos rendah. dengan keluasan 700 kaki persegi dengan harga tidak lebih dari RM65,000.

Menurut Khalid, hal ini memberi lebih kebebasan kepada pemilik untuk memiliki rumah.
Bagaimanapun Khalid menyatakan kerajaan negeri telah mempunyai pengkalan data dan rekod pemilikan rumah bagi mengelak individu membeli sewenang-wenangnya.

“Kami tidak selektif dalam hal ini… tidak semestinya orang kaya akan membelinya. Boleh jadi pembeli daripada golongan berpendapatan rendah, tapi taraf keluarga dah bertambah baik atau anak dia sudah berjaya, dia berkongsi untuk beli rumah tersebut.

“Kita akan kaji semuanya, akhirnya akan ada rumah yang cukup untuk semua orang,” katanya lagi.
Menurut Khalid lagi, perbincangan dan kajian masih dilakukan sebelum polisi yang efektif dan menyeluruh dapat dikeluarkan.

“Masalahnya yang utama ialah projek terbengkalai. Kalau tandantangani polisi pun tak selesai sebab pemaju lari. Sebab itu kita kata Selangor akan tengok secara pragmatik untuk selesaikan masalah,” katanya.

Penyerahan cek dan sumbangan oleh ADN Tmn Medan

Penyerahan sumbangan kepada Surau Al-Akhlaqiah bagi baikpulih ceiling yang runtuh

Sumbangan kepada Rizuan yang cedera akibat kemalangan yang sebelum ini menanggung keluarga. Keluarga terpaksa tinggal di flat kos rendah

Sumbangan kepada pesakit terlantar yang baru mengalami stroke

Menziarah warga emas yang tinggal bersama seorang anak

Selangor lancar Skim Mikro Kredit MIMBAR bantu miskin bandar

Pemohon MIMBAR yang menunggu ditemubual di PejabatADUN Tmn Medan

3 Mac 2011 – Kerajaan Negeri Selangor hari ini melancarkan sistem mikro kredit miskin bandar (MIMBAR) bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka.

MIMBAR adalah terbuka kepada penduduk kawasan bandar di Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan, di mana pemohon layak mendapat pinjaman maksimum RM5,000.

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapan pelancaran MiMBAR di sini hari ini berkata buat permulaan sejumlah RM20 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi tabung itu yang antaranya bertujuan membantu usahawan kecil.

“Ini penting bagi memastikan miskin bandar di Selangor diberi persediaan untuk keluar daripada garis kemiskinan negeri iaitu memiliki pendapatan isi rumah bulanan melebihi RM1,500.”

Beliau berkata menjelang 2020, 90 peratus daripada Selangor akan menjadi kawasan bandar di mana barangan keperluan harian kebanyakannya perlu dibeli dan ini memerlukan ekonomi isi rumah yang kukuh.

Abdul Khalid berkata kejayaan skim ini bergantung kepada kepatuhan peminjam untuk membayar balik pinjaman yang diterima mereka.

Bernama

Sehari aktiviti ADUN Tmn Medan

Melihat kerosakan pada flat Baiduri akibat petir

Penduduk menceritakan insiden serpihan bangunan menimpa kereta-kereta

Merasmikan Mesyuarat JMB Petaling Utama Blok C,D

Majlis aqiqah anak Nizam yang ketiga

Ucapan tahniah kpd Pasukan futsal DUN Tmn Medan muncul juara pertandingan 1 Malaysia PJS

Bersama ahli-ahli Persatuan Penjaja Pasar Malam dalam majlis hari raya

Menghadiri ceramah kelompok dengan penduduk PJS 3, di sebelah malam

Antara wanita-wanita yang hadir mendengar penerangan bekaitan isu semasa

Apa erti kehidupan

Keluarga besar,berniaga untuk sara hidup. Masak di ruang tamu rumah dibantu 5 anak. Seorang anak pesakit buah pinggang.

Kisah seorang ibu dan anak lelaki yang tiada pendapatan tetap,pergi mengemis di bandar lain setiap hujung minggu bagi menyara hidup

Seorang nenek yang menumpang kasih & rumah anaknya,menitiskan air mata sebak kerana ada orang masih ingatkannya

September 2010 – Lawatan bulan September jatuh dalam bulan puasa. Keluarga dan individu-individu yang ditemui memberi keinsafan kepada saya dan rakan-rakan yang turut serta. Ramai yang perlukan perhatian, namun teruskan juga kehidupan dengan penuh tabah dan sabar.

Ribut kali ke-4 melanda Taman Medan

11 September 2010 – Pada Hari Raya ke-2, angin kuat melanda kawasan Taman Medan. Laluan angin kuat meninggalkan serpihan dan kesan kerosakan ke atas harta benda. Syukur ia tidak melibatkan kehilangan jiwa. Banyak pokok yang tumbang dan patah akibat pukulan angin yang kencang.

Saya sempat menziarahi beberapa keluarga yang ditimpa musibah tersebut, yang baru pulang daripada Pahang, Perak dan beberapa tempat lain. Semoga Allah memberikan mereka kesabaran dalam menghadapi ujian ini ketika musim perayaan.

Kesan bumbung flat di LC Sri Manja ditiup angin

Beginilah keadaan bumbung selepas angin kencang!

 

Air hujan menambhkan lagi kerosakan

Sumbangan kuih raya dan sedikit wang bagi meringankan sedikit masalah yang dihadapi

Lawatan ke Sabah