PENYERTAAN DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH MENGUATKAN PERJUANGAN RAKYAT

Krisis politik dan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia hari ini mendorong rakyat dan pemimpin berfikir betapa perlunya mengambil langkah berani dan membuat anjakan dalam pendirian untuk menyertai gerakan yang menerajui perubahan.

Kita telah menyaksikan bagaimana penjawat-penjawat awam di peringkat tertinggi institusi negara seperti SPRM, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit menampilkan keberanian yang luar biasa dalam pendirian mereka tentang keperluan ketelusan dalam penyiasatan terhadap skandal 1MDB.

Skandal 1MDB telah menyebabkan perpecahan yang dahsyat dalam UMNO. Timbalan Presidennya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilucutkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan salah seorang Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah disingkirkan dari kabinet.

Kecelaruan kepimpinan telah menyebabkan ramai pemimpin UMNO dan parti-parti komponen BN bukan sahaja hilang kepercayaan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, bahkan terhadap masa depan UMNO dan BN sendiri. Persepsi wujudnya tangan eksekutif yang menghalang ketelusan dalam siasatan terhadap skandal kewangan 1MDB semakin menghakis keyakinan terhadap Perdana Menteri dan UMNO.

Sebelum ini saya telah membuat kenyataan bahawa pintu KEADILAN terbuka luas kepada semua yang komited kepada agenda perubahan untuk menyelamatkan Malaysia.

Pada hari ini, kami berasa gembira dan mengalu-alukan penyertaan Dato’ Saifuddin Abdullah ke dalam keluarga besar KEADILAN. Penyertaan beliau sudah tentu akan memperkukuhkan usaha KEADILAN untuk menggembleng perpaduan dan kekuatan rakyat demi perubahan dan pembaharuan.

Dato’ Saifuddin adalah mantan Timbalan Menteri Pengajian tinggi. Beliau bersikap sederhana, terbuka dan konsisten mengungkap pendirian yang mesra pembaharuan. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of the Moderates beliau mempunyai jaringan yang kuat dengan NGO. Jaringan tersebut meliputi pelajar dan generasi muda kerana penglibatan beliau yang meluas dan lama dalam pergerakan pelajar dan belia.

Saya yakin beliau akan menguatkan kedudukan KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat.

Penyertaan beliau bertepatan dengan strategi KEADILAN untuk memberi fokus kepada isu-isu khusus masyarakat Melayu/Bumiputra agar kebajikan mereka akan terbela. Saya bersyukur dengan kehadiran Dato’ Saifuddin Abdullah yang akan dapat bersama-sama mendepani isu-isu Melayu/Bumiputra ini dengan pimpinan KEADILAN yang lain.

Saya juga yakin beliau akan dapat memainkan peranan strategik di dalam Pakatan Harapan untuk memastikan gabungan baru ini menumpukan kepada gagasan idea baru untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

Doa saya supaya beliau terus diberi kekuatan dan dilindungi Allah SWT dalam memperjuangkan nasib dan membela hak rakyat.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
15 Oktober 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s