Kerajaan Negeri Bantah Kenaikan Tol

15 Oktober 2015

 Kenyataan Media

Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan kenaikan  kadar tol di 18 lebuhraya di seluruh negara berkuatkuasa hari ini adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali. Kenaikan tol di antara 10 sen sehingga RM4.70 hanya akan membebankan rakyat di dalam keadaan ekonomi negara yang semakin gawat dan kos sara hidup yang semakin tertekan.

Kerajaan Negeri telah memanggil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang masing-masing memiliki saham minoriti 30% dalam syarikat konsesi Lebuhraya KESAS sejak 1993 dan 20% dalam syarikat konsesi Lebuhraya SPRINT sejak 1999 untuk memberikan penjelasan kepada MTES.

Walaupun tidak mempunyai kuasa pemutus dan hanya merupakan pemegang saham minoriti dalam syarikat konsesi lebuhraya, adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri membantah kenaikan tol yang tidak bertanggungjawab dan menekan kehidupan rakyat yang semakin terhimpit akibat kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit.

Kerajaan Negeri kesal kerana keputusan menaikkan tol Lebuhraya KESAS dan SPRINT tidak dibincangkan dan tidak diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah KESAS Holdings Berhad dan KESAS Sdn Bhd serta Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd. Kerajaan Negeri melalui wakilnya telahpun meminta Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah dipanggil segera untuk menggunakan kuasa minoriti bagi menolak cadangan kenaikan kadar tol ini.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor meminta Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan perolehan hasil kutipan cukai GST bagi meneruskan pembiayaan pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya tanpa perlu menaikkan kadar tol.

MOHAMED AZMIN ALI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s