Wanita bersama dalam Perhimpunan Aman BERSIH 4.0

Kenyataan Media YB Zuraida Kamaruddin
Wanita Keadilan Menyokong BERSIH 4
Tarikh: 21 Ogos 2015

Wanita Keadilan menggesa semua anggota keluar beramai ramai untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4 pada 29-30 Ogos ini. Antara 5 tuntutan BERSIH 4 adalah 1) Pilihanraya yang bebas dan adil 2) Ketelusan kerajaan 3) Hak berhimpun 4) Memperkukuhkan sistem parlimen demokrasi 5) Menyelamatkan ekonomi negara.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu peka terhadap kegawatan ekonomi semasa yang sedang dihadapi negara dan harus menyuarakan kebimbangan ini disaat kita semakin hampir kepada Hari Kemerdekaan. Ini adalah satu peluang besar untuk mengadakan bantahan aman membawa suara rakyat yang perlu didengari oleh Kerajaan. BERSIH 4 adalah tanggungjawab bersama bagi mereka yang sayangkan negara ini dan mahu menyelamatkan Malaysia.

Wanita Keadilan berpendapat bahawa menjadi satu keperluan untuk menyediakan ruang yang lebih demokratik dan kurang campur tangan kerajaan terutamanya dalam hal-hal berkaitan penguatkasaan dan badan kehakiman. Pemisahan kuasa adalah asas kepada demokrasi yang sihat.

Maka, tibanya pengakhiran Ogos ini, Wanita Keadilan menjangkakan separuh kehadiran BERSIH 4 adalah wanita. Mereka akan berhimpun secara aman dan menuntut 5 perkara dalam tuntutan BERSIH 4. Wanita Keadilan mengucapkan tahniah kepada Maria Chin Abdullah kerana menganjurkan BERSIH 4 dan mengiktiraf usaha beliau dalam menjayakan perhimpunan aman ini. Tidak lupa juga sumbangan Dato Ambiga Streenevasan yang mempunyai matlamat sama bersama BERSIH. Pergerakan bersih jelas dapat disimpulkan sebagai “Wanita Turut Memimpin Perubahan”.

YB Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Keadilan

………………….

Press Statement by YB Zuraida Kamaruddin 

Wanita Keadilan supports BERSIH 4 

Date:  21 August 2015 

Wanita Keadilan would like to urge all members to come out in full force to participate in BERSIH 4 rally this 29 – 30 August. The five demands of BERSIH 4 are 1) free and fair elections, 2) a transparent government, 3) the right to demonstrate, 4) strengthening the parliamentary democracy system and 5) saving the national economy.

As citizens of Malaysia, we should be sensitive towards the current turmoil the country is facing and voice our concerns out loud in the days leading up to Merdeka Day. This is our opportunity to stage a peaceful protest and demand that the government listens to the rakyat. BERSIH 4 is the collective responsibility for those who love our country and want to save our country.

It is also the opinion of Wanita Keadilan that there is a need for more democratic space and less government intervention especially in matters related to enforcements and the judiciary. A separation of power is fundamental to a healthy democracy.

Come this month end, Wanita Keadilan expects women to form at least 50 percent of the turnout at BERSIH 4. Wanita Keadilan congratulates Maria Chin Abdullah for organising BERSIH 4 and applaud her for her efforts. We also recognise the contributions of Ambiga Sreenevasan as the founder for BERSIH. The BERSIH movement can indeed and definitely be summed up as “Women leads the way for change.”

YB Zuraida Kamaruddin 

Ahli Parlimen Ampang 

Ketua Wanita Keadilan

Advertisement

Ahli Parlimen Barisan Nasional boleh Selamatkan Malaysia

21 OGOS 2015

 

AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL BOLEH SELAMATKAN MALAYSIA

 

Rakyat Malaysia tidak pernah berada dalam keadaan kemurungan dan kehampaan seperti yang dialami sekarang sepanjang ingatan saya sejak hampir 30 tahun lalu. Sebelum ini, krisis-krisis politik tidak membawa kesan terus kepada ekonomi rakyat dan mereka terpisah dari percakaran orang atasan yang berebut kuasa.

 

Keadaan berbeza kali ini. Matawang yang merudum membawa kesan mendadak kepada harga barang, harga minyak, daya saing ekonomi Malaysia dan sentimen pelaburan antarabangsa yang terus meminggirkan Malaysia. Rakyat resah dengan pelbagai skandal kewangan yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, tetapi mereka berasa tidak ada apa-apa upaya untuk membuat perubahan kerana mereka tahu institusi-institusi utama juga dipengaruhi Perdana Menteri.

 

Rakyat semakin hilang keyakinan dan kepercayaan kepada ahli politik yang mereka lihat tidak mampu menolak ke tepi perbezaan politik demi menyelamatkan Malaysia. Lebih-lebih lagi ahli politik di pihak Umno dan Barisan Nasional yang nampaknya begitu mudah terpedaya dengan jawatan dan pangkat.

 

Saya yakin Ahli-ahli Parlimen baik dari parti-parti pembangkang atau Barisan Nasional faham sentimen ini. Sebab itu saya masih menaruh harapan bahawa akan ada 25 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih mempunyai kesedaran dan kecintaan kepada rakyat untuk berani tampil ke hadapan menyokong satu undi tidak percaya untuk menukar Perdana Menteri.

 

Saya faham mereka akan berdepan dengan ugutan atau tawaran pangkat dan wang. Namun, saya juga percaya mereka juga turut gelisah dengan perkembangan yang berlaku dan mereka masih ada kesedaran untuk membezakan yang benar dari yang tidak benar.

 

Oleh yang demikian, sebagai Ahli Parlimen, saya dengan terbuka menyatakan sokongan saya kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berjaya mendapatkan 25 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk membuat undi tidak percaya terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan syarat-syarat berikut:

 

1.    Satu kerajaan peralihan (“transitional government”) ditubuhkan dengan mandat selama 2 hingga 3 tahun untuk memulihkan demokrasi dan institusi utama negara

 

2.    Reformasi terhadap sistem dan amalan pilihanraya agar Pilihanraya Umum 14 (PRU14) dapat diadakan secara bebas, adil dan telus

 

3.    Satu agenda reformasi yang jelas mengenai ekonomi rakyat (termasuk memansuhkan GST), keluhuran undang-undang, kebebasan media dan perkara-perkara lain dipersetujui secara bersama

 

Saya merayu Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional supaya meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dan menyedari kuasa yang ada pada mereka. 25 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional ini boleh melakar sejarah sebagai pimpinan yang menyelamatkan Malaysia dari ambang kerosakan yang sedang berlaku.

 

Saya juga menyeru Ahli-ahli Parlimen yang lain yang bersetuju dengan undi tidak percaya bagi tujuan penubuhan sebuah kerajaan peralihan seperti di atas untuk turut sama menyatakan sokongan terbuka supaya rakyat tahu bahawa Ahli-ahli Parlimen tidak terpisah dari sentimen rakyat.

 

Siapakah 25 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berani tampil untuk menyelamatkan Malaysia?

 

RAFIZI RAMLI

NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG

AHLI PARLIMEN PANDAN

Apa yang ANDA perlu tahu tentang Darul Ehsan Investment Group DEIG

Apa yang Anda Perlu Tahu tentang DEIG

1. Maklumat asas Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG) –  http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/maklumat-asas-darul-ehsan-investment-group-berhad-deig-muaz-omar

2. MB: Dakwaan DEIG syarikat RM2 pembohongan berniat jahat

http://bm.selangorku.com/79544/mb-dakwaan-deig-syarikat-rm2-pembohongan-berniat-jahat

3. SUK, Pegawai Kewangan Negeri turut anggotai Lembaga Pengarah DEIG

http://bm.selangorku.com/79618/suk-pegawai-kewangan-negeri-turut-anggotai-lembaga-pengarah-deig/

4. MB: Siar laporan palsu, Malaysian Insider perlu bertanggungjawab

http://bm.selangorku.com/79491/mb-siar-laporan-palsu-malaysian-insider-perlu-bertanggungjawab/

5. MB: DEIG sedia diaudit bukan entiti ‘tersorok’

http://bm.selangorku.com/79471/mb-deig-sedia-diaudit-bukan-entiti-tersorok/

6. DEIG beroperasi selepas SOP mantap

http://bm.selangorku.com/79601/deig-beroperasi-selepas-sop-mantap/

7. Speaker : DNS lulus penyata, bukan henti operasi DEIG

8. MB : DEIG bukan syarikat RM2, pembohongan berniat jahat

9. MB: Akauntabiliti dan sekat imbang DEIG

10. DEIG: Falsafah Kerajaan terlibat dengan perniagaan

11. Kerjasama DEIG-swasta pastikan pembangunan projek peduli rakyat

12. DEIG: Langkah konsolidasi, rasionalisasi untuk pulangan maksima