ROMBAKAN KABINET BERTUJUAN MENUTUP SIASATAN KE ATAS 1MDB

28 Julai 2015

Tindakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak merombak kabinet beliau pada hari ini menimbulkan pelbagai persoalan dan motif tersembunyi. Dalam tempoh beberapa jam setelah kerajaan menamatkan perkhidmatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Pada masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri yang baru) turut bertindak melantik Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai pengarah Cawangan Khas yang baharu, bagi menggantikan Dato’ Seri Akhil Bulat.

Manakala rakyat menuntut penjelasan berkaitan skandal penyelewengan dana awam melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dato’ Seri Najib secara tiba-tiba mengumumkan rombakan kabinet sehingga menyaksikan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin yang sebelum ini antara pemimpin yang bersuara lantang dalam menuntut ketelusan siasatan berkaitan skandal tersebut.

Ternyata tindakan Dato’ Seri Najib ini bukanlah didasari dengan semangat mengutamakan kebajikan rakyat dan kepentingan negara namun sekadar wayang untuk menutup kepincangan dan menguburkan hasil siasatan 1MDB daripada diumumkan kepada rakyat.

Justeru, saya menggesa Tan Sri Gani agar mendedahkan hasil siasatan pasukan khas (task force) terhadap 1MDB yang sebelum ini diketuai oleh beliau kepada rakyat. Komitmen serta ketegasan beliau dalam mengendalikan siasatan berhubung skandal ini tidak sewajarnya dibayar dengan penyingkiran beliau dari jawatan.

Tindakan terdesak Dato’ Seri Najib dalam percaturan politik terbaru beliau hari ini jelas mengulangi apa yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad 17 tahun lalu tatkala bertindak menyingkirkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika masing-masing berdepan dengan dakwaan penyelewengan dan amalan korupsi.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN

Naib Presiden KEADILAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s