MALAYSIA PERLU TUNJUK KEPIMPINAN MORAL DALAM ISU PELARIAN – Dato’ Seri Dr Wan Azizah

Saya cukup terkejut membaca laporan berita yang berkata beberapa bot yang mengandungi kira-kira seramai 500 orang pelarian Rohingya dan Bangladesh – termasuk wanita dan kanak-kanak – telah dipintas Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM) dan dihantar semula ke laut.
Saya dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) amat prihatin dan risau tentang keadaan pelarian Rohingya dan Bangladesh yang kini tersadai di tengah laut. Beberapa laporan media menganggarkan hampir 8,000 orang pelarian kini berada di tengah laut dan menanti dibenarkan masuk ke Indonesia, Thailand atau Malaysia.
Saya menggesa pihak berkuasa melaksanakan siasatan penuh terhadap isu pemerdagangan manusia (people trafficking) di sempadan Thailand-Malaysia dan mereka yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan. Pada masa yang sama, perlu saya perjelaskan bahawa isu terkini ini bukan sahaja satu isu bantuan kemanusiaan, tetapi ia juga isu kepimpinan moral.
Putrajaya sepatutnya lebih bersiap sedia untuk menghadapi krisis serantau seperti ini, lebih-lebih lagi tatkala Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN dan juga ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR). Tidak berguna menjadi pengerusi badan-badan seperti ini jika tidak berani bertindak atas asas nilai kemanusiaan dalam isu pelarian ini.
Putrajaya perlu menyediakan bantuan kemanusiaan asas dengan menyediakan makanan, tempat tinggal, dan keperluan perubatan asas pada kadar segera. KEADILAN turut meminta pasukan TLDM untuk mengenalpasti mana-mana lagi bot yang mengandungi pelarian seumpama ini dan memberikan bantuan kemanusiaan pada kadar segera.
Saya akan membangkitkan isu ini di dalam sidang Parlimen terdekat, apabila Rang Undang-Undang Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (Pindaan) 2015 akan dibahas.
Sekali lagi saya tegaskan, isu ini bukan sahaja satu isu kemanusiaan, tetapi ia juga satu isu kepimpinan moral. Malaysia seharusnya ke depan dan memberikan kepimpinan moral yang sewajarnya.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN KEADILAN
15 MEI 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s