KEJOHANAN FUTSAL PIALA ADUN TMN MEDAN

Panggilan akhir kepada yang belum mendaftar sebagai peserta Kejohanan Futsal Piala ADUN Tmn Medan.

Hadiah menarik menanti anda.! Juara Kejohanan akan mewakili DUN Tmn Medan ke Kejohanan Futsal Peringkat Negeri Selangor. Jangan lepaskan peluang ini!

Kejohanan Futsal Piala ADUN Tmn Medan

Kejohanan Futsal Piala ADUN Tmn Medan

Advertisement

FILIPINA TAKKAN PULANGKAN ROHINGYA KE LAUT

Kerajaan Filipina berjanji akan memberi perlindungan kepada kira-kira 3,000 “orang bot” daripada Myanmar dan Bangladesh ketika terdapat negara-negara Asia Tenggara yang menolak pelarian itu.

Setiausaha Komunikasi Filipina Herminio Coloma juga menafikan laporan akhbar bahawa mereka “akan menolak kembali ke laut” pelarian itu, yang mencetuskan kebimbangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor Rappler.

Dalam kenyataan di Manila, Coloma berkata Filipina menandatangani konvensyen berkaitan status pelarian, yang disifatkan PBB sebagai dokumen utama mentafsirkankan maksud pelarian, hak mereka dan tanggungjawab negara-negara berkaitan.

Coloma berkata susulan konvensyen pada 1051 itu, Filipina menyatakan setiakwannya dengan PBB untuk menyediakan bantuan kepada pihak yang dikeluarkan dengan paksa daripada tanah air akibat konflik politik.

“Kami akan terus melakukan apa tugas kami untuk menyelamatkan nyawa bawah mekanisme sedia ada untuk menjalankan komitmen kami bawah konvensyen itu,” Coloma dipetik sebagai berkata.

Langkawi menjadi tumpuan minggu lepas apabila 1,158 warga Bangladesh dan etnik Rohingya Myanmar mendarat haram di pulau peranginan itu pada 11 Mei, yang merupakan jumlah pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) terbesar dilaporkan setakat ini.

Bernama melaporkan insiden itu berlaku selepas negara jiran, Thailand memerangi sindiket pemerdagangan manusia secara besar-besaran selepas menemui lebih 30 mayat ditanam di selatan negara itu.

Langkawi dikejutkan dengan kebanjiran beramai-ramai apabila satu daripada bot kayu yang membawa PATI itu terkandas di benteng pemecah ombak berhampiran pantai Pasir Bedengung, di barat pulau itu.

Beberapa jam sebelum berita kemasukan itu, seramai 469 warga Bangladesh dan Rohingya mendarat di Aceh, barat laut Indonesia, yang mencetuskan spekulasi, beribu-ribu lagi PATI dengan beratus-ratus bot

MALAYSIA PERLU TUNJUK KEPIMPINAN MORAL DALAM ISU PELARIAN – Dato’ Seri Dr Wan Azizah

Saya cukup terkejut membaca laporan berita yang berkata beberapa bot yang mengandungi kira-kira seramai 500 orang pelarian Rohingya dan Bangladesh – termasuk wanita dan kanak-kanak – telah dipintas Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM) dan dihantar semula ke laut.
Saya dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) amat prihatin dan risau tentang keadaan pelarian Rohingya dan Bangladesh yang kini tersadai di tengah laut. Beberapa laporan media menganggarkan hampir 8,000 orang pelarian kini berada di tengah laut dan menanti dibenarkan masuk ke Indonesia, Thailand atau Malaysia.
Saya menggesa pihak berkuasa melaksanakan siasatan penuh terhadap isu pemerdagangan manusia (people trafficking) di sempadan Thailand-Malaysia dan mereka yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan. Pada masa yang sama, perlu saya perjelaskan bahawa isu terkini ini bukan sahaja satu isu bantuan kemanusiaan, tetapi ia juga isu kepimpinan moral.
Putrajaya sepatutnya lebih bersiap sedia untuk menghadapi krisis serantau seperti ini, lebih-lebih lagi tatkala Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN dan juga ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR). Tidak berguna menjadi pengerusi badan-badan seperti ini jika tidak berani bertindak atas asas nilai kemanusiaan dalam isu pelarian ini.
Putrajaya perlu menyediakan bantuan kemanusiaan asas dengan menyediakan makanan, tempat tinggal, dan keperluan perubatan asas pada kadar segera. KEADILAN turut meminta pasukan TLDM untuk mengenalpasti mana-mana lagi bot yang mengandungi pelarian seumpama ini dan memberikan bantuan kemanusiaan pada kadar segera.
Saya akan membangkitkan isu ini di dalam sidang Parlimen terdekat, apabila Rang Undang-Undang Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (Pindaan) 2015 akan dibahas.
Sekali lagi saya tegaskan, isu ini bukan sahaja satu isu kemanusiaan, tetapi ia juga satu isu kepimpinan moral. Malaysia seharusnya ke depan dan memberikan kepimpinan moral yang sewajarnya.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN KEADILAN
15 MEI 2015