Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
- a) Senaraikan perbelanjaan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2014 mengikut daerah?
- b) Apakah peranan kerajaan negeri dalam membantu mempertingkatkan mutu pendidikan di Selangor?
JAWAPAN:
- Perbelanjaan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2014 mengikut daerah berjumlah RM16,243,675.00. Laporan terperinci seperti di lampiran.
- Peranan Kerajaan Negeri di dalam membantu mempertingkatkan pendidikan di Selangor antaranya ialah :
- membantu meningkatkan kualiti infrastruktur sekolah di Negeri Selangor melalui Program Bantuan Sekolah;
- membantu meningkatkan pencapaian pelajar di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor;
- membantu meningkatkan kualiti guru-guru di Negeri Selangor melalui pelaksanaan Program Latihan Keguruan;
- memberi bantuan yuran tadika kepada keluarga yang kurang berkemampuan melalui program Skim TUNAS;
- melaksanakan program-program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak melalui seminar keibubapaan, Hari Tadika dan pelbagai lagi;
- membantu memperkembangkan pendidikan Punjabi di kalangan masyarakat sikh di Negeri Selangor melalui Persatuan Punjabi Negeri Selangor; dan
- melaksanakan proogram bantuan sebanyak RM1000 kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT melalui Program Hadiah Pengajian IPT at