KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035 YANG MELIBATKAN KIDEX DITOLAK

KENYATAAN MEDIA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

27 Februari 2015

PENDENGARAN MAKLUMBALAS HASIL PUBLISITI LAPORAN TINJAUAN, KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035 YANG MELIBATKAN PROJEK LEBUHRAYA KINRARA DAMANSARA (KIDEX)

Status penyediaan Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (RSN Selangor 2035) adalah di peringkat Laporan Tinjauan dan telah dipublisitikan bermula 8 Disember 2014 hingga 9 Januari 2015 dan telah dilanjutkan tempohnya sehingga 31 Januari 2015. Salah satu perkara yang dimasukkan di dalam Laporan Tinjauan, Kajian RSN Selangor 2035 adalah berkaitan dengan cadangan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Walaubagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 7/2015 pada 17 Februari 2015 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 8/2015 pada 25 Februari 2015 telah membuat keputusan tidak mempertimbangkan dan membatalkan pembangunan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) selaras dengan kuasa Kerajaan Negeri berhubung pembangunan tanah dan kelulusan perancangan. Keputusan ini selaras dengan pendirian Kerajaan Negeri yang tegas mengambil tindakan terhadap kegagalan pemaju untuk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan demi menjamin kesejahteraan rakyat Selangor.

Berikutan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor supaya semua perkara berkaitan dengan cadangan pembangunan  Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) tersebut TIDAK AKAN DIAMBIL KIRA semasa penyediaan draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 kelak dan Mesyuarat Pendengaran Hasil Maklumbalas Publisiti Laporan Tinjauan, Kajian RSN Selangor 2035 yang berkaitan cadangan Pembangunan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) yang telah ditetapkan pada 10 Mac 2015 ini adalah DIBATALKAN. Pendengaran bagi perkara-perkara lain adalah diteruskan.

MOHAMED AZMIN ALI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s