Kenyataan Akhbar: Wanita Keadilan Sedia Tawarkan Calon Untuk Kuala Besut

PKR Logo Smaller

KENYATAAN AKHBAR (01 JULAI 2013)

“WANITA KEADILAN SEDIA TAWARKAN CALON UNTUK KUALA BESUT”

Kematian ADUN Kuala Besut bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13.

Pada pilihan raya umum lepas, Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

Dengan itu, pilihan raya kecil Kuala Besut akan memberi peluang bagi Pakatan Rakyat (PR) menyamai kerusi DUN BN yang kini menguasai 16 kerusi selepas kematian ADUN Kuala Besut, Datuk Dr. A Rahman Mokhtar.

Pakatan Rakyat buat masa ini hanya kurang satu kerusi iaitu 15 kerusi.

Jika menang, Pakatan Rakyat dan BN akan mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 16-16.

BN akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kerusi berkenaan, apatah lagi ia melibatkan risiko kehilangan kuasa pentadbiran di negeri itu.

Pada PRU13 lalu, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS, Napisah Ismail, satu-satunya calon wanita yang bertanding untuk kerusi Dewan Negeri Terengganu. Undi majoriti yang merosot di pihak BN daripada 2,631 pada PRU 12, berbanding 2,434 pada PRU 13.

Oleh itu, pilihan calon yang tepat sangat kritikal bagi mencapai kemenangan. Sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, Wanita Keadilan menyokong kerusi Kuala Besut kekal meletakkan calon wanita bagi memberi kelebihan kepada PR.

Wanita yang menggambarkan kasih sayang, prihatin serta menitikberatkan hal berkaitan pembangunan sosial dan kebajikan akan memberi ‘advantage’ kepada PR khususnya di Kuala Besut.

PR mempunyai ramai pemimpin wanita yang berkeupayaan. Wanita Keadilan sedia menawarkan diri bagi bertanding kerusi Kuala Besut sekiranya PR melihat faktor itu mampu memberi kemenangan di Terengganu.

Sekian

HANIZA MOHD. TALHA

Pengarah Pilihan raya
Majlis Pimpinan Wanita Pusat
Parti Keadilan Rakyat
01 JULAI 2013

One thought on “Kenyataan Akhbar: Wanita Keadilan Sedia Tawarkan Calon Untuk Kuala Besut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s