Laporan Ceramah Kelompok Taman Medan, 8 April 2013

Pada 8 hb April 2013 yang lalu, satu ceramah kelompok telah diadakan, bertempat di rumah No. 91. PJS 4/10, Taman Indah Jaya, iaitu di Bilik Gerakan Daerah Mengundi N33/12, PJS 4.

Bermula kira-kira jam 9.30 malam, ceramah ini yang dipengerusikan oleh En Zainuddin Abdul Hadi telah dimulai dengan ucapan Pengarah Pilihan Raya kawasan En Ahmad Riskan. Beliau telah menyebut tentang kepentingan pilihanraya dan tanggungjawab setiap warga Taman Medan untuk keluar mengundi pada hari mengundi nanti. Ketua AMK Saudara Fizul pula menyusul memberikan ucapan ringkas selepas itu.

YB Haniza Mohd Talha dalam ceramahnya telah menyebut beberapa perkara yang di antaranya adalah:

  • Sebaik sahaja menang pilihan raya pada tahun 2008, PR telah mengubah sistem pemilihan AJK Masjid-masjd di Selangor, iaitu dengan menggunakan sistem demokrasi, di mana ahli qariah sendiri memilih individu-individu yang layak untuk mentadbir masjid di kawasan masing-masing. Sebelum ini, pemilihan AJK Masjid ditentukan sendiri oleh UMNO.
  • Terdapat 8 jenis kumpulan yang layak menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebelum ini maklumat ini seolah-olah dirahsiakan. Apa yang berlaku adalah orang yang benar-benar layak tidak menerima sebarang bantuan, manakala orang yang tidak layak pula mendapat bantuan.
  • Parti Pakatan Rakyat mengamalkan sikap telus dalam pentadbiran. Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan akan didakwa, tidak terkecuali Menteri Besar.
  • YB Haniza juga turut menyentuh tentang poster pilihanraya. Kajian menunjukkan bahawa besar atau hebatnya sesebuah poster tidak menjamin kemenangan seseorang calon itu, sebaliknya sentuhan hati terhadap pengundi adalah jaminan sebenarnya.
  • Beliau juga menyebut, BN tidak boleh mengubah kawasan mengundi pada pilihanraya kali ini tetapi mereka telah bekerjasama dengan SPR mengubah pengundi Taman Medan ke kawasan lain.

Ceramah ini tamat pada jam 10.50 malam dengan majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan juga sumbangan beg sekolah kepada pelajar-pelajar yang hadir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s