Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) Fasa 2, DUN Taman Medan

Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) Fasa 2, DUN Taman Medan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha telah melancarkan Program SEJATI Fasa 2 bagi memberi keselesaan kepada penduduk miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas di kawasan sasaran. Usaha adalah bagi menambahbaik serta meningkatkan aspek sosio-ekonomi, persekitaran fizikal, tahap kesihatan dan gaya hidup penduduk.

Fasa 2 memberi bantuan kepada kumpulan yang dikenalpasti. Hari ini, Puan Fatimah Raihan diberi sebuah tandas yang diubahsuai bagi memberi keselesaan bagi Puan Fatimah yang berkerusi roda. 14 lagi penerima bantuan ubahsuai tandas telah dikenalpasti dan kerja-kerja akan dijalankan sebelum akhir November 2011.

Pemberian kad kesihatan rawatan percuma MBPJ serta kerusi “shower” kepada adik Ravenendran yang mengalami sawan semasa kecil mengakibatkan beliau menjadi buta dan berkerusi roda, disempurnakan dalam majlis pelancaran Fasa 2.
Hadir sama, Ahli Majlis MBPJ En. Anthony Sivabalan dan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali.

Sebelum ini, Fasa 1 merupakan projek bancian yang bermula 22 sehingga 30 September sepanjang tempoh tujuh hari bekerja dibantu 15 kakitangan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Petaling Jaya.

Menurutnya, projek bancian dibawah Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) merupakan satu langkah proaktif bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turun padang mencari dan mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan.

“Fasa pertama 100 keluarga terdiri daripada golongan sasaran dari kawasan rumah kos rendah di kawasan perumahan Taman Petaling Utama, Taman Medan Jaya, Taman Maju Jaya, Pangsapuri Permai dan Taman Medan Cahaya.

“Faktor utama kawasan ini dipilih kerana mempunyai kepadatan penduduk paling ramai melibatkan pelbagai kaum dan bangsa,” katanya ketika ditemui pada sidang media di ibu pejabat MBPJ.

Beliau berkata, fokus kepada usaha meningkatkan persekitaran fizikal kediaman dari segi kemudahan tandas.

“Berdasarkan maklumat diperolehi, dianggarkan sebanyak 15 buah tandas daripada kediaman yang terpilih akan dinaiktaraf `mesra OKU’,” jelasnya.

Mengulas lanjut usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi, Haniza berkata skim mikro kredit MIMBAR akan memberi pinjaman kepada penduduk miskin yang mempunyai minat untuk berniaga.

Jelasnya, apa yang menarik mengenai pinjaman itu, peniaga tidak akan dikenakan cagaran, penjamin serta bayaran semula dengan kadar faedah rendah.

Selain itu, tambahnya, program latihan kemahiran juga akan disediakan kepada golongan OKU dengan bantuan daripada beberapa pertubuhan NGO.

“Bagi golongan miskin pula, latihan kemahiran dijalankan dengan kerjasama daripada agensi kerajaan seperti Giatmara, Kolej Komuniti serta NGO,” ujarnya.

Beliau berkata pendekata itu sebagai usaha menyahut langkah kerajaan mengamalkan gaya hidup sihat, kemudahan taman permainan di kawasan perumahan `Mesra OKU` akan dinaiktaraf.

“Selain itu, kemudahan seperti pembinaan ramp, tactiles dan railing akan dibina di lokasi yang dikenalpasti untuk kegunaan golongan OKU.

“Ia bagi mengatasi tahap kesihatan golongan sasar, rawatan dan perkhidmatan kesihatan ditawarkan secara percuma dengan doktor dan pakar kesihatan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s