Buku Jingga janji yang realistik & wajar

KUALA LUMPUR 17 MAC: Pandangan yang diutarakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam sidang Dewan Rakyat semalam berhubung dasar penswastaan tol yang termaktub dalam Buku Jingga ternyata bukan berlandaskan inspirasi rakyat.

Ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof menyifatkan tahap pemahaman cetek pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) mengakibatkan kekeliruan berhubung beban tanggungan kerajaan sekiranya konsesi tol dimansuhkan.

“Isunya di sini bukan isu tidak cukup wang. Isunya ialah tata kelola. Bagaimana hasil yang cukup untuk diagihkan sama rata. Macam Ghandi kata apa yang kita ada ini adalah cukup untuk keperluan tapi tidak cukup untuk ketamakan kita.

“Jadi Rembau ini tidak akan faham isu ini. Pada pandangan saya kalau penswastaan yang dimaksudkan untuk mengurangkan beban kerajaan membina prasarana, sekarang konsesi ini patut ditamatkan,” jelas Yusmadi.

Khairy semalam mendakwa, pemansuhan tol seperti yang digariskan Pakatan Rakyat dalam janji 100 hari pentadbirannya akan membebankan kerajaan.

Namun kenyataan itu disanggah oleh Yusmadi yang berkata, perkongsian perkhidmatan menerusi tata kelola yang baik mampu mewujudkan kesamarataan seraya memberi pulangan besar kepada rakyat tanpa membebankan tanggungan kerajaan.

Ini sekaligus menyangkal tomahan kerajaan Umno-BN yang cuba memanipulasi kefahaman rakyat sehingga membuat kesimpulan bahawa negara akan muflis jika dasar ini dilaksanakan Pakatan Rakyat.

Sidang Dewan petang semalam dihangatkan apabila ahli-ahli parlimen Umno-BN cuba mencetuskan kesangsian terhadap pelaksanaan dasar Buku Jingga yang sering menjadi sasaran ejekan dan dakwaan tidak munasabah dalam dewan.

Yusmadi menambah, maksud penswastaan bukan menyerahkan secara total kepentingan kerajaan dan negara namun hanya sehingga suatu tahap di mana pulangan dikitar semula untuk manfaat kepada rakyat.

Katanya lagi, prinsip perkongsian pintar yang diketengahkan mampu menyangkal sebarang bentuk penindasan asalkan diurus dengan tata kelola yang bertanggungjawab.

“Penswastaan itu sendiri bukan bertujuan untuk membebankan, tapi untuk berkongsi perkhidmatan dan sampai ke suatu tahap kembali kepada rakyat. Bagi saya pandangan beliau (Khairy) ialah bukan pandangan berkepentingan rakyat dan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan agenda penswastaan,” kata beliau lagi.

Antara perkara yang dinyatakan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah dengan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Selain penghapusan kadar tol, buku jingga berkenaan turut menjanjikan pemansuhan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA), merombak subsidi negara, membatalkan Felda Plantations, menaikkan royalti minyak di Sabah dan Sarawak dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s