ADUN BN tuduh PAS sesat

SHAH ALAM, 11 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie kesal dengan sikap tidak profesional sesetenggah Adun Barisan Nasional (BN) sehingga menimbulkan situasi ketegangan dan menghina dewan.

Menurut Shuhaimi, inilah sikap mentaliti kebanyakkan ahli dewan yang diwakili BN berbahas dan berucap secara tidak rasional sehingga menimbulkan ketegangan dalam dewan.

“Seharusnya kita ahli dewan kita harus memikirkan perkataan dalam hujah yang sesuai untuk digunapakai sebab dalam dewan sesuatu yang diucapkan haruslah berlandaskan fakta, mengeluarkan fakta atau hentam keromo dan mengeluarkan kenyataan berniat jahat yang membawa maksud tersembunyi,” katanya dipetik dari TVS bagi mengulas tindakkan Adun Batang Kali yang mengeluarkan kenyataan kesat menuduh Parti Islam Malaysia (PAS) adalah sebuah parti sesat, semalam.

Selain mengeluarkan kenyataan kesat, beliau enggan menarik balik kenyataan sebaliknya bertindak keluar dewan.

“Apa yang kita lihat tadi adalah sikap pengecut Adun-Adun daripada pembangkang itu bukan sahaja tuduhan yang tidak berasas tetapi satu tuduhan berat,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai pemimpin yang berlatar belakangkan Islam seharusnya mempamerkan peribadi mulia bukannya menimbulkan ketegangan dan melabel sesebuah parti sesat apatah lagi parti yang dituduhnya itu adalah sebuah parti yang berpaksikan Islam.

“Jadi saya minta beliau memohon maaf esok dalam dewan kerana perkataan yang dikeluarkan itu dengan menuduh PAS sebuah parti sesat adalah satu kenyataan yang amat dikesali kerana kalau kita ada perbezaan hanya dari segi politik bukan daripada perbezaan beragama,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s