Selangor menghantar bantuan kepada mangsa banjir Kedah

Tuesday, 09 November 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 9 Nov – Di pekarangan Dewan Annex, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan berapa anggota Exco melepaskan penghantaraan barang bantuan mangsa banjir ke tiga buah negeri dan sumbangan disampaikan kepada wakil kerajaan negeri.

Sumbangan disampaikan kepada wakil kerajaan negeri

Pada 7 November yang lepas, Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbangkan sebanyak 1,000 kotak air yang mengandungi 24,000 botol 350 ml kepada mangsa banjir Kedah melalui Yayasan Aman Negeri Kedah. Penghantaran bantuan ini telah dilaksanakan oleh Konsortium ABASS dengan menggunakan tiga buah lori Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Menteri Besar Selangor meneliti barang-barang bantuan yang akan di hantar ke negeri yang dilanda banjir sambil diperhatikan Ronnie Liu

Pada 9 November, Kerajaan Negeri Selangor telah menghulurkan bantuan barangan kegunaan harian yang merangkumi:

1) 5,000 cawan mee segera Maggi

2) 3,000 tin biskut

3) 100,000 paket Milo 3 dalam 1

4) 40,000 paket The Lipton

5) 10,000 paket Kotex

6) 1,000 tin susu bayi Dulex

Diharapkan dengan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa banjir dalam mengharungi bencana yang mereka hadapi ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s