Syabas diberi 14 hari untuk hentikan program tabung budi

SHAH ALAM, 23 Nov – Kerajaan Selangor telah menghantar notis kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) supaya menghentikan Program Tabung Budi kerana ia melanggar syarat perjanjian konsesi air.

Notis bertarikh 23 November 2010 ini dikeluarkan oleh Pengarah Kawal Selia Air Selangor, Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997.

Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehedaki memaklumkan kepada Kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi. Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia.

Mengikut notis itu, Lesen Pembekalan Air yang diberikan kepada Syabas mengikut Subseksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu.

Notis tersebut juga telah mengingatkan Syabas bahawa selaku pemegang lesen, syarikat itu hanya boleh mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang (caj tertunggak) oleh pengguna dalam kawasan pembekalan air.

Syabas tidak boleh mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air tertunggak seperti yang dilakukannya melalui Tabung Budi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini telah beberapa kali menasihatkan Syabas supaya menghentikan segera Tabung Budi kerana program tersebut bukan sahaja melanggar syarat konsesi tetapi juga menyalahgunakan dana Kerajaan Negeri.

“Syabas mendakwa program ini untuk kebajikan tetapi hakikat sebenarnya Syabas menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri membayar Syabas setiap bulan menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk pemberian air percuma dan pada masa yang sama Syabas mengutip sumbangan orang ramai.

“Jika Syabas benar-benar ikhlas menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat, mereka sepatutnya melupuskan caj air dan tunggakan yang ditanggung mereka yang tidak mampu,” katanya.

SUMBER: SELANGORKINI

Advertisement

Hari Wanita Desa Sedunia, 6 November 2010

Wanita dari Semenyih, Beranang yang hadir sama

November 2010 – Selangor menyambut Hari Wanita Sedunia buat pertama kali. Sambutan tersebut sekali gus mengiktiraf sumbangan bermakna wanita desa kepada pembangunan negeri Selangor.

Yang Amat Berbahagia Puan Sri Salbiah Tunut, isteri YAB Dato’ Menteri Besar telah menyampaikan Ucapan Perasmian yang antara lain menekankan wanita desa perlu diberi pendidikan keluarga, ilmu keusahawanan, kerjaya dan kesihatan.

Selangor to ask PKNS unit to return allowance for signing cheques

By Boo Su-Lyn
November 15, 2010

SHAH ALAM, Nov 15 – Selangor is cracking the whip on excessive expenditure by its investment companies, starting with telling officials from a Selangor State Development Corporation (PKNS) unit to return allowances given to sign cheques.

The state assembly approved Hulu Kelang assemblyman Saari Sungib’s request today for the chairman and directors of construction company PKNS Infra Berhad (PIB) to return the allowances they had received for signing cheques since March 2008.

“We want the allowance recipients who are still holding positions in the company to return their allowances to the company,” Saari told the state assembly.

In a press conference later, Saari said that the state government would instruct the PIB chairman and directors to return the allowances they had received since March 2008 when Pakatan Rakyat (PR) took control of the country’s wealthiest state.

“We want them to return the allowances since March 2008,” said Saari.

He added that about RM187,000 in allowances was given to the PIB chairman and directors in 2008 for signing cheques, according to the Auditor-General’s Report in 2008.

Saari noted that another PKNS subsidiary, Selangor Industrial Corporation (SIC), had also engaged in the same practice in 2009, based on the year’s Auditor-General’s Report.

According to him, the PIB chairman and four others were given regular stipends to sign the cheques.

“The chairman would get RM500 a month while four to five directors would get RM400 a month,” he said.

During the state assembly sitting today, Saari sought for the payments to be discontinued at once.

“This assembly requests the state government to issue a directive for this practice of giving allowances to the chairman and company directors for signing cheques to be stopped immediately,” he said.

Auditors at the Mentri Besar Incorporated (MBI) are currently probing allegations of cronyism against PKNS, said Tan Sri Khalid Ibrahim recently.

Saari recently claimed that the PKNS management had appointed personal contacts to lead PKNS subsidiaries, and that the corporation had funded a RM520,000 wedding dinner for Malaysian astronaut Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has also reportedly started investigations into the complaints.

SOURCE: THE MALAYSIAN INSIDER

Timbalan Pengurus Yayasan Selangor diarah bercuti

Pegawai kanan Yayasan Selangor diarahkan bercuti bergaji selama sebulan berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan terhadap perbelanjaan mewah bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu disiasat.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan terhadap Timbalan Pengurus Besar Mohd Sharifuldin Sulaiman itu bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas.

“Laporan awal yang diterima menunjukkan penglibatan pejabat timbalan pengurus besar yayasan itu,” katanya.

Kelmarin, Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran yayasan itu yang dijadual esok kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud dilaporkan berkata, pada pendapat Baginda kos makan tengah hari lebih daripada RM300,000 adalah amat tinggi dan membazir.

Menurut Ramli, Baginda berpendapat lebih berfaedah jika wang itu digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau membiayai lebih ramai pelajar yang kurang berkemampuan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.

“Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salahguna kuasa ke muka pengadilan,” katanya.

SUMBER: MALAYSIAKINI

‘Jom Kerja’: Sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Selangor

SHAH ALAM, 12 Nov – Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini diberitahu bahawa sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Selangor sempena promosi program ‘Jom Kerja’ yang bermula November tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Theresa Kok berkata, statistik itu diperoleh daripada Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (cawangan Selangor).

Beliau berkata, sepanjang lima siri program ‘Jom Kerja’ yang diadakan bermula November tahun lepas sehingga Oktober tahun ini, seramai 5,562 calon datang mendaftar dan seramai 2,441 pemohon berjaya ditemu duga.

“Program jelajah ‘Jom Kerja’ ini diadakan dari satu daerah ke satu daerah dan menerima sambutan memberangsangkan daripada rakyat Selangor yang tiada pekerjaan dan ada juga di kalangan mereka mencari peluang pekerjaan baru,” katanya semasa menjawab soalan Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang).

Ahmad Yunus ingin tahu jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan dan sambutan rakyat Selangor terhadap peluang pekerjaan di negeri itu.

Kok berkata, daerah Klang mencatatkan penyertaan tertinggi calon yang menghadiri temu duga, iaitu seramai 2,060 orang.

BERNAMA

Pemulihan Sungai Klang perlu ditangani bersama

SHAH ALAM, 12 Nov – Perlaksanaan projek pemulihan dan pembangunan Sungai Klang memerlukan kesefahaman antara kerajaan negeri, Kerajaan Pusat dan pemaju swasta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek ini mampu digerakkan dengan lebih pantas dan menyeluruh jika ketiga-tiga pihak bersetuju untuk duduk semeja dan bergabung tenaga menjayakan rancangan untuk rakyat Selangor ini.

Di Dewan Negeri Selangor hari ini, Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri telah pun merangka kertas kerja memulih dan membangunkan Sungai Klang.

Projek ini adalah sebahagian daripada rancangan rangsangan ekonomi negeri, membangunkan tebing-tebing strategik di sepanjang Sungai Klang untuk sektor hartanah, komersil, pembekalan air dan mobiliti.

“Kita sudah bersedia untuk bekerjasama, malah telah menyerahkan pelan pemulihan dan pembangunan Sungai Klang kepada Kerajaan Pusat. Kita bersetuju dengan konsep ‘Sungai Kehidupan’ yang dirancang Kerajaan Pusat, dan bersetuju untuk mengazetkan kawasan-kawasan yang terbabit bagi menjayakan konsep itu,” kata Khalid.

Menjawab soalan dari Dewan, Tan Sri Khalid berkata, pihaknya menangguhkan dahulu perlaksanaan projek pemulihan Sungai Klang sementara menunggu maklum balas daripada Kerajaan Pusat.

Ini kerana kerajaan negeri amat berminat dengan rancangan ‘Sungai Kehidupan’ kelolaan Kerajaan Pusat, konsep yang berkongsi matlamat dengan rancangan kelolaan kerajaan negeri.

“Adalah lebih baik sekiranya kita bekerjasama dengan Kerajaan Pusat, daripada buat secara berasingan. Beri masa untuk perbincangan yang menyeluruh antara Kerajaan negeri, Kerajaan Pusat dan swasta,” tegasnya.

Tan Sri Khalid menjelaskan kepada dewan bahawa rancangan kerajaan negeri untuk pemulihan dan pembangunan Sungai Klang bersandarkan kepada inisiatif swasta, dan tidak membabitkan peruntukan daripada Belanjawan Negeri.

“Kita bersandarkan kepada konsep dana inisiatif swasta. Kita mengalakkan dana daripada pihak swasta untuk mengerakkan projek ini. Manakala Kerajaan Pusat menggunakan dua konsep, iaitu dana dari Kumpulan Wang dan juga dari inisiatif swasta,” ujar Khalid.

Kerajaan negeri menganggarkan kos projek pemulihan Sungai Klang mencapai RM1.4 bilion, manakala Kerajaan Pusat pula memperuntukkan RM1 trilion untuk projek ‘Sungai Kehidupan’.

SUMBER: SELANGORKINI

MB: Cari sumber air lebih murah di Selangor

SHAH ALAM 12 Nov – Kerajaan Negeri Selangor harus mencari sumber air lebih murah dan cekap bagi mengatasi masalah bekalan air di Selangor, demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Untuk itu, projek pembersihan Sungai Klang dilihat sebagai alternatif yang lebih cekap dan murah daripada mengimport air mentah dari Pahang.

Beliau mengulas perkara ini pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) pagi tadi bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim, yang bimbang dengan krisis bekalan air di Selangor pada masa depan.

Berkenaan Projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), beliau berkata, ia tidak akan dilaksanakan buat masa ini.

“Pelaksanaan projek itu tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Jika tiada penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor dan pembinaan loji rawatan air itu diteruskan, rakyat akan menanggung beban dari segi kos,” katanya.

Abdul Khalid berkata, sehingga kini masalah itu tidak berlaku di negeri ini, walau bagaimanapun kerajaan negeri perlu membuat persiapan bagi menangani masalah bekalan air di Selangor pada masa depan.

SUMBER: SELANGORKINI

Skim Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan

Oleh NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 11 Nov – Kerajaan negeri mewujudkan Skim Pinjaman Mikro Kredit Selangor di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan Selangor, untuk skim pembiayaan modal bagi tujuan memulakan perniagaan.

Antara penerima Skim Pinjaman Skim Mikro Kredit bersama Menteri Besar dan Exco Negeri Selangor baru-baru ini

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari memberitahu, dalam usaha menarik penglibatan golongan muda menceburi bidang keusahawanan, kerajaan negeri turut menganjurkan program-program kursus asas keusahawanan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan Pusat Pengajian Tinggi (IPT).

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undang Negeri, (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, berhubung skim-skim anjuran kerajaan negeri yang bertujuan mengalakkan dan memperkasakan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan.

“Kerajaan negeri juga tidak memfokuskan faktor umur dalam pembangunan usahawan,” katanya.

Tambahnya lagi, fokus utama Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah membantu usahawan yang telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya dua tahun dan berdaya saing.

SUMBER: SELANGORKINI

Tingkatkan pendapatan, kurangkan kadar kemiskinan

Oleh Hafizan Taib

SHAH ALAM, 11 Nov – Meningkatkan pendapatan melalui program keusahawanan dan pembangunan modal insan melalui pendidikan adalah antara strategi dirangka kerajaan negeri bagi mengurangkan kadar kemiskinan bandar ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat.

Selain itu kerajaan negeri menerusi program jangka panjangnya menyediakan kemudahan infrastruktur asas dan meningkatkan kualiti kesihatan keluarga miskin bagi memastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

Jumlah kemiskinan bandar dilaporkan mulai awal tahun ini sehingga Oktober lalu, adalah sebanyak 46,317 keluarga berdasarkan Pelan Garis Kemiskinan (PGK) baru yang diguna pakai selepas 4 Mac 2008, iaitu RM1,500.

Sebelum ini PGK digunakan adalah sebanyak RM731 dengan catatan 9,904 keluarga bagi seluruh negeri Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjawab soalan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail, menjelaskan, antara faktor yang menjadi penyebab kepada kemiskinan itu adalah penghijrahan, kematian ketua keluarga, keadaan ekonomi semasa, kehilangan pekerjaan serta sikap dan mentaliti individu.

Menurutnya, kerajaan negeri merangka beberapa strategi bagi menangani masalah ini supaya taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan, seterusnya mengatasi masalah kemiskinan di luar bandar.

Melalui strategi meningkatkan pendapatan melalui program keusahawanan, kerajaan negeri telah mewujudkan beberapa program seperti pinjaman mikro kredit, program bantuan peralatan, ‘blueprint’, kursus-kursus keusahawanan dan program peningkatan kemahiran.

“Program tersebut dilaksanakan dengan objektif untuk membantu golongan miskin dan berpendaptan rendah berdikari dan meningkatkan pendapatan melalui pelbagai aktiviti keusahawanan,” katanya sewaktu Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Melalui pendidikan, kerajaan negeri memberi fokus kepada pembangunan modal insan bagi anak-anak golongan miskin yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran.

Katanya, Program Teknikal dan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Antarabangsa INPENS, berjaya menempatkan anak-anak golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk meneruskan pelajaran di dalam pelbagai bidang kemahiran teknikal di peringkat sijil.

Kerajaan negeri juga menaik taraf kemudahan di Kolej Antarabangsa INPENS dengan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pembinaan asrama yang akan dapat menempatkan seramai 500 orang pelajar.

Beliau berkata, pertambahan pengambilan pelajar mampu melahirkan ramai tenaga mahir dan dapat membantu anak-anak keluarga miskin dan berpendapatan rendah meneriman pendidikan teknikal dan vakasional.

Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan negeri menyediakan kemudahan infrastruktur asas kepada keluarga miskin menerusi Program Rumah Kerajaan Prihatin dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada golongan sasaran berkenaan.

Tambahnya, program tersebut akan diteruskan bagi memastikan keluarga terbabit mendapat kemudahan asas yang diperlukan seperti rumah, di samping menerima akses kepada bekalan elektrik dan air bersih.

Bagi meningkatkan kualiti kesihatan keluarga miskin, program bantuan kesihatan diwujudkan dengan tiga jenis bantuan kesihatan diberi iaitu rawatan katarak mata, dialisis buah pinggang dan pembedahan kecil.

Program bantuan kesihatan ini dapat mengurangkan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pembiayaan bagi menampung kos rawatan yang semakin meningkat.

Kerajaan Negeri membiayai kos rawatan bagi katarak mata sebanyak RM1,200 (one-off), rawatan dialisis buah pinggang sebanyak RM2,000 seorang (one-off) dan pembedahan kecil tidak melebihi RM5,000 bagi seorang pesakit.

SUMBER: SELANGORKINI

BN leaders help themselves to free laptops in 1Malaysia program

November 10, 2010 – A Selangor state assembly backbencher has accused BN grassroots leaders of abusing the 1Malaysia Computer programme by eating into the quota set aside for secondary school students and the needy.

Sekinchan assemblyperson Ng Suee Lim said he has received numerous complaints of favouritism and cronyism in the approval of the free laptops under the programme, launched earlier this year under the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

Waving a list of names of people who have allegedly received the free laptops, Ng claimed that many on the list include division leaders and of the various BN component parties including Umno, MCA and Gerakan.

“All these names do not fulfil the set criteria,” he said when debating the Selangor state budget 2011.

Ng pointed out that free laptop recipients under the programme need to fulfill four criteria which include household income must be under RM3,000, the family does not have a computer, the family must have children in Forms One to Five, and each family is entitled to only one laptop.

“After going through the list, it turns out that the main condition is that as far as possible it must go to Umno, MCA, Gerakan and BN members.

“I am shocked with the way in which such contributions are distributed, which does not reflect transparency, instead using the programme solely to fulfil the agenda and political interests of Umno and BN,” he said.

Dubious approval of land

Ng also accused the previous BN-led state administration of abusing its position in the approval of four acres of land in Taman Sri Muda in Kota Kemuning for the Umno Kota Raja division.

He said the Klang district land committee, which was chaired by the Klang district officer at the time and made up of 10 BN state assemblypersons, had decided on May 25, 2006 to give four acres in the area to the Shah Alam city council and another three acres to the Umno Kota Raja division.

But after the state government consultative council met on Jan 31, 2007, it was decided that the Umno Kota Raja division would instead get four acres at a nominal land premium of RM1,000, while the Shah Alam city council would only get three acres, Ng claimed.

“Why is it that Umno Kota Raja was given land and given special treatment with a nominal premium of RM1,000? This case clearly exposes to us how state land was shamelessly given to political parties, especially Umno,” he said.

– Malaysiakini