Jalan PJS2/1 akan diluruskan

Cadangan meluruskan Jln PJS2/1 dibincangkan bersama pegawai Jabatan Kejuruteraan MBPJ

Disember 2009 – Kesesakan jalan-jalan utama dalam kawasan Taman Medan boleh dikatakan sepanjang masa dan keadaan bertambah parah apabila waktu sesi sekolah bermula dan tamat.

Jalan-jalan utama,  Jln PJS2/1 membawa kpd Jln PJS2/3 terdapat beberapa sekolah di jalan PJS 2/3; Sekolah Kebangsaan Tmn Datuk Harun, SMK Tmn Datuk Harun, SK Taman Medan dan SMK Taman Medan.

Murid-murid terdedah kepada risiko kemalangan dan keselamatan kerana Jln PJS2/1, PJS2/3 menjadi laluan utama kenderaan bagi penduduk di situ dan pengguna NPE yang mengelak membayar TOL. Ramai pengguna Lebuhraya NPE menghala ke Subang Jaya memasuki Jln PJS2/1 bagi mengelak TOL.

Pada Januari 2009 Pejabat ADUN Taman Medan telah membuat permohonan pada MBPJ bagi meluruskan jalan PJS2/1

RM1.42juta telah diluluskan dalam belanjawan MBPJ 2010 bagi pembinaan jalan yang dipohon iaitu jalan dan parit bersebelahan tembok SK Taman Datuk Harun (seperti dalam peta).

Pembinaan jalan baru tersebut akan meredakan kesesakan jalan di depan SK Tmn Dato’ Harun, SMK Tmn Dato’ Harun, SK Tmn Medan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s