Mendidik masyarakat wujud Persefahaman

Kesesakan di hadapan Sekolah Rendah Agama Medan Harun

Kesesakan di hadapan Sekolah Rendah Agama Medan Harun

Mei 2009 – Kehidupan di bandar sudah mengubah cara hidup dan nilai hidup manusia.

Kesibukan mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di kota telah membuatkan manusia meninggalkan setengah nilai kehidupan yang dipegang semasa hidup di kampung.

Masing-masing berebut peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sering kali menafikan hak orang lain. Sikap pentingkan diri sendiri sudah menjadi perkara biasa, sedangkan dalam agama dan budaya mengajar kita agar memberikan hak masing-masing.

Contoh mudah, kesesakan di hadapan sebuah sekolah yang disebabkan jiran berhampiran meletakkan kereta masing-masing di hadapan pagar masuk sehingga menyukarkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah. Berkali sudah dipohon oleh pihak sekolah agar mengosongkan kawasan di hadapan pagar sekolah, namun masih berdegil. Begitu juga, kenderaan yang menggunakan jalan di situ, memandu begitu laju membahayakan murid-murid yang pergi balik sekolah.

Gotong royong membersihkan kawasan persekitaran

Gotong royong membersihkan kawasan persekitaran

Kehidupan dalam masyarakat memerlukan persefahaman bagi menjamin keharmonian. Sikap tolong-menolong dan saling bantu-membantu perlu dihidupkan. Paling sesuai dimulakan amalan ini dalam unit keluarga, kemudian dalam komuniti.

Kempen penghayatan akhlak mulia perlu dijalankan bagi mengingatkan masyarakat bahawa akhlak mulia meningkatkan nilai kehidupan bahkan memberi ketenangan dan kesejahteraan.
Institusi masjid perlu menekankan dalam kuliah-kuliah betapa mulia dan dituntut setiap yang mengaku dirinya Islam menghormati serta menunaikan hak seorang individu lain tanpa diminta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s