Month: May 2009
Sukan dan Belia
Melalui sukan penduduk yang jarang berjumpa boleh beramah mesra cara santai. Kejohanan Ping pong ini telah mencetuskan permainan yang konsisten setiap minggu. Sumbangan meja ping pong ternyata menjadi pemangkin kepada aktiviti berterusan. Ia satu sukan yang relatif murah dan berpatutan untuk diadakan.
Persekitaran juga mempengaruhi keperibadian
April 2009 – Ibu bapa mencorakkan setiap anak yang dilahirkan namun, persekitaran juga mempengaruhi pandangan dan sikap seseorang.
Suasana yang tenang, menarik dan harmonis sudah tentu memberi kesan yang berbeza berbanding keadaan yang kelam-kabut, riuh-rendah dan suram.
Cuba bayangkan jenis manusia yang akan lahir di pangsapuri-pangsapuri kos rendah di sekitar Selangor dan salah satunya adalah seperti yang ditunjukkan di sini. Suasana yang kotor, bising dan sempit hanya mengundang pembentukan peribadi yang ‘cacat’.
Perbincangan, dialog, rundingan dan bermacam-macam lagi yang dilakukan bagi mendapat perhatian pihak bertanggungjawab. Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi mengelak berlakunya permasalahan sosial serius. Wang yang dibelanjakan merawat dan memulihkan keadaan yang sudah rosak lebih baik digunakan untuk mencegah ia daripada berlaku.
Caranya ialah dengan memberikan penduduk kediaman yang sesuai dan tidak menafikan hak tersebut hanya kerana mereka berpendapatan rendah.
Pendaftaran warga emas diperhebatkan
April 2009 – Skim Mesra Usia Emas (SMUE) telah dilancarkan oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008. Skim ini ternyata mendapat sambutan rakyat berusia 60 tahun ke atas.
Pejabat ADUN TM mengambil langkah memperhebatkan pendaftaran baru SMUE bagi memastikan keluarga yang kehilangan orang yang tersayang tidak dibebankan dengan kos urusan kematian.
Usaha bagi memberi sebahagian peruntukan tersebut kepada warga emas ketika masih hidup juga dialu-alukan. Namun, pemberian RM1,000 dalam tempoh 24 jam sukar ditunaikan memandangkan pihak keluarga yang tidak kemukakan dengan lengkap dokumen yang diperlukan.
Selalunya tuntutan dibuat di Pejabat ADUN TM, yang sehingga ini, para penerima menyatakan hati puashati mereka.
Setiap Sabtu/Ahad kaunter pendaftaran akan dibuka di tempat yang berlainan di sekitar kawasan Taman Medan. Para pemohon perlu sediakan salinan kad pengenalan diri, pewaris dan orang yang akan membuat tuntutan kelak.
Jadual kaunter SMUE akan dipaparkan dalam blog ini kemudian.