Dipilih menjadi Pengerusi PDK

Mac 2009 – Pada 8 Mac lalu, Mesyuarat Agung Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah memilih saya sebagai Pengerusi dan saff AJK yang baru menggantikan yang sebelumnya.

Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

 

Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.

 

Mesyuarat pertama bersama AJK PDK baru

Mesyuarat pertama bersama AJK PDK baru

Advertisement

Tiada ruang untuk beriadah di Taman Dato’ Harun

Penduduk Lorong 2/2A bersenam di tapak sempit depan rumah mereka

Penduduk Lorong 2/2A bersenam di tapak sempit depan rumah mereka

Mac 2009 – Penduduk Taman Dato’ Harun sudah tahu benar reaksi pihak berkuasa tempatan jika penduduk membuat permohonan untuk diwujudkan tempat riadah atau rekreasi, jawapannya ‘standard’; tiada tanah lagi yang boleh dijadikan tapak rekreasi; atau tiada peruntukan, senarai gilirannya panjang.

Saya bersimpati dengan keadaan yang dihadapi oleh penduduk setempat. Kawasan yang mereka duduki merupakan kawasan paling padat di Petaling Jaya, namun dari segi infrastruktur ia paling dhaif dan sangat kurang.

Sungguhpun demikian, penduduk tidak berserah kepada keadaan. Mereka mencari apa juga ruang untuk menjalankan aktiviti kehidupan mereka.

Penduduk Lorong 2/2A telah membersihkan kawasan milik persendirian bagi menjadikannya tapak ber’tai chi’. Walaupun sempit, tetapi dapat juga mereka lakukan senaman kegemaran mereka di situ.

Saya telah melawat tapak tersebut dan Ahli Majlis PJS 1 & 2, Dr Melasutra telah bersetuju mengeluarkan peruntukannya bagi meratakan permukaan tapak serta membersihkan kawasa terbabit.

Dari kanan; Dr Melasutra, ADUN Taman Medan, YB Hee Loy Sian dan instructor Tai chi

Dari kanan; Dr Melasutra, ADUN Taman Medan, YB Hee Loy Sian dan instructor Tai chi