Jom Sokong Kerajaan Selangor Ambilalih Urusan Air Selangor

Jangan biarkan dasar penswastaan kerajaan BN yang gagal menyebabkan rakyat menanggung penderitaan

Jangan biarkan dasar penswastaan kerajaan BN yang gagal menyebabkan rakyat menanggung penderitaan

Mengapa rakyat perlu menyokong kerajaan negeri Selangor mengambilalih pengurusan air?

Rakyat perlu sokong pengurusan air dikendalikan oleh kerajaan Selangor, jika tidak rakyat akan mengalami:

1. Tarif air yang semakin naik, tiada lagi air percuma 20 meter padu setiap bulan. Kenaikan tarif air sehingga melebihi harga minyak. Jika sekiranya kerajaan Selangor yang mengurus air, tarif air akan turun 10% pada 2009, bersamaan RM1.33/m padu; turun 20% pada 2011, bersamaan RM1.18/m padu; turun 25% pada 2013, bersamaan RM1.11/m padu

2. Bersekongkol dalam menyelamatkan kroni BN. Kerajaan Persekutuan cuba memintas perbincangan yang dibuat oleh Kerajaan Selangor yang menawarkan RM5.7 bilion membeli semula hak mengurus air. Namun, kerajaan persekutuan menawarkan harga yang lebih tinggi (RM10 bilion). Syarikat-syarikat konsesi mengalami beban hutang yang besar; hutang Puncak Niaga RM1.3 bil, Syabas RM2.9 bil, Splash RM1.6 bil, Abbas RM640 juta.

3. Kualiti air yang buruk dengan tarif yang tinggi, tidak memberi pulangan yang dijanjikan oleh syarikat konsesi. Syabas paling banyak mengaut keuntungan dengan jumlah perbelanjaan yang besar walaupun syarikat mengalami beban hutang yang besar.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd menerima bayaran gaji paling lumayan iaitu sebanyak RM5.1 juta pada tahun 2007 (RM425,000 sebulan).

APA YANG ANDA PATUT LAKUKAN

1. Adakan mesyuarat di kawasan bersama Majlis Tempatan dan Pertubuhan Penduduk

2. Faks kepada Menteri Tenaga, Air & Komunikasi 03-88893712, menyatakan bantahan terhadap menyelamatkan Syabas dan syarikat konsesi.

3. Hantarkan berita ke akhbar, radio atau TV nyatakan bantahan  kepada usaha menyelamatkan syarikat konsesi.

4. Mulakan blog tentang isu air dan sebarkan ke blog-blog lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s