Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

Kerajaan Negeri Selagor pada 4 Mac telah mengumumkan satu Pakej Rangsangan bagi memacu ekonomi Selangor. Terdapat lima perkara yang dikenalpasti untuk merangsang pembangunan ekonomi Selangor. Lima perkara tersebut dijangka akan mewujudkan 150,000 peluang pekerjaan. Fokus adalah kepada Industri Kecil & Sederhan (IKS) dan kerajaan negeri Selangor akan bekerjasama dengan Unit Perancang Eonomi kerajaan persekutuan dan lain-lain agensi kerajaan.

Sebuah jawatankuasa Penasihat Ekonomi akan dibentuk bagi memberi nasihat dan bimbingan khusus mengenai pembuatan dasar dan proses perlaksanaan pakej rangsangan tersebut.

Lima perkara yang terkandung dalam pakej rangsangan tersebut adalah:

i.     Pembersihan dan pemulihan Sungai Kelang

ii.   Mengembangkan sistem pengangkutan awam di Selangor

iii.  Mengambilalih pengurusan air Selangor

iv.  Pembangunan semula kawasan-kawasan yang terbiar

v.   Pemulihan projek-projek perumahan terbengkalai

Lima langkah yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi RM50 Billion ini ialah termasuk pemulihan dan pembersihan Sungai Klang yang melibatkan pembangunan kawasan perumahan di sepanjang sungai dan tanah rezab, pembangunan semula bandar tertumpu kepada pembangunan bandar lama seperti Petaling Jaya dan Klang, merangsang projek baru, usaha menaik taraf dan menggantikan aset air, membangunkan sistem jaluran lebar dan sistem tanpa wayar dalam pembangunan teknologi dan komunikasi (ICT), membangunkan semula sistem pengangkutan di negeri ini termasuklah sistem transit aliran ringan (LRT) dan jalan raya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s