Persatuan-persatuan Tionghua di Petaling Jaya

Ucapan 'Yam Seng' bagi semua hadirin

Ucapan 'Yam Seng' bagi semua hadirin

Ahli-ahli persatuan-persatuan tionghua di Petaling Jaya telah berkumpul dalam satu makan malam di SRJK (C) Sg Way. Ahli-ahli terdiri daripada ahli-ahli perniagaan peringkat antarabangsa, ahli politik daripada Pakatan Rakyat dan BN, profesional dll.

Saya kagum melihat mereka mampu duduk semeja dan berucap di hadapan hadirin tanpa merasa kekok walaupun daripada parti politik yang berlainan. Mereka bersatu dalam isu membangunkan masyarakat Tionghua.

Semangat ini wajar dipelajari dan dicontohi oleh kaum lain agar rakyat tidak menjadi korban pemimpin-pemimpin yang bertelagah.

Advertisement

Pelajar Progresif bakal dilahirkan

dsc068241

22 Februari 2009 – Program Pelajar Progresif, Projek Anak Angkat YB Haniza Mohd Talha. Seramai 44 orang pelajar tingkatan 4 telah dipilih untuk mengikuti program tersebut.

Ia merupakan program bimbingan Mentor-Mentee yang akan berjalan sehingga Oktober tahun 2010. Pelajar-pelajar yang dipilih akan mengikuti program mingguan dan bulanan.

Kelab Remaja Jemaah Islah Malaysia (JIM) akan mengendalikan program tersebut dengan penglibatan siswa-siswi yang akan menjadi Mentor kepada pelajar-pelajar.

Proram juga merangkumi sesi untuk ibu bapa, agar perubahan yang diharapkan daripada pelajar akan mendapat dokongan dan galakan daripada ibu bapa mereka.

Hadirin sedang menonton montaj yang berkaitan Proram Pelajar Progresif

Hadirin sedang menonton montaj yang berkaitan Proram Pelajar Progresif

Kesatuan perkara tunjang dalam kestabilan

Tetamu yang hadir dalam mesyuarat agung sebuah persatuan penduduk

Tetamu yang hadir dalam mesyuarat agung sebuah persatuan penduduk

Jatuhnya sesebuah tamaddun, adalah akibat pemimpin-pemimpinya yang sudah hilang niat asal mereka membela rakyat. Agenda peribadi menjadi keutamaan dan sanggup digadaikan negara demi mencapai cita-cita peribadi.

Saya menekankan kepada ahli-ahli persatuan penduduk di Taman Medan khususnya, supaya sentiasa menghayati sunnah Rasulullah yang menitikberatkan hal berkaitan kesatuan. Jangan ada perasaan hasad dan dengki dengan memecahbelahkan ahli-ahli persatuan, sehingga boleh membuatkan persatuan jadi hilang fokus kerana terpaksa menangani gangguan-gangguan tersebut.

Ahli persatuan yang hadir mesyuarat

Ahli persatuan yang hadir mesyuarat

Persatuan akan terus relevan jika kebajikan ahli-ahli dijaga. Ia juga akan terus diiktiraf kredibilitinya jika ia mampu menerajui isu-isu setempat seperti menangani permasalahan sosial.

Penghuni pangsapuri perlu ubah sikap

Pasu-pasu bunga diletakkan atas tembok yang mengundang kemalangan jika terjatuh

Pasu-pasu bunga diletakkan atas tembok yang mengundang kemalangan jika terjatuh

22 Februari 2009 – Majlis gotong royong di Blok A Pangsapuri Impian Baiduri, PJ mengukuhkan lagi usaha yang serius perlu dilakukan bagi mendidik warga pangsapuri bagaimana cara kehidupan di pangsapuri.

Kebanyakan yang menghuni pangsapuri di dalam kawasan Taman Medan adalah mereka yang dipindahkan daripada setinggan. Ramai yang tidak pernah tinggal di pangsapuri dan sudah tentu kebiasaan di setinggan dibawa ke pangsapuri.

Sikap yang mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan hak orang lain sering menjadi isu yang terpaksa dihadapi oleh penghuni pangsapuri.

Sampah ditinggalkan di hadapan rumah orang lain kerana enggan bawa sampah ke rumah sampah. Lif dikencing kerana ia mudah dan menjimatkan masa. Inilah yang menghantui penghuni lain yang ingin menjaga persekitaran agar baik demi kesejahteraan semua.