Kenyataan Media: Politik Murahan Mesti Ditolak

18 FEBRUARI 2009, berikut adalah kenyataan media Ketua Wanita Keadilan Selangor yang juga ADUN Taman Medan: 

Wanita Keadilan Selangor menolak sebarang bentuk politik murahan oleh pihak lawan yang menggunakan serangan peribadi sebagai kaedah mendapat sokongan dan menjatuhkan parti lawan.

Situasi yang menimpa salah seorang daripada kepimpinan Wanita Keadilan iaitu YB Elizabeth Wong yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan adalah satu penganiayaan dan pelanggaran terhadap haknya sebagai individu.

Wanita Keadilan Selangor menghormati keputusan YB Elizabeth untuk meletak jawatan sebagai Exco dan juga ADUN. Namun taktik menjatuhkan ahli politik dengan cara yang tidak beretika itu tidak boleh diberi ruang dan mesti ditolak sekeras-kerasnya.

Mana-mana pihak yang cuba menggunakan cara keji tersebut untuk mendapat sokongan politik mesti dikecam, disiasat dan apabila sabit kesalahan mesti dihukum. Jika perbuatan begini tidak dibendung, satu hari nanti perbuatan menjatuhkan ahli politik menggunakan konspirasi politik murahan sebegini akan menjadi budaya dan amalan buruk yang menjejaskan demokrasi yang sihat.

Wanita Keadilan Selangor menyeru kepada semua rakyat Selangor khususnya wanita, supaya menolak dan mengecam dengan sekeras-keras mana-mana ahli politik yang cuba menggunakan isu ini sebagai bahan kempen bagi meraih sokongan dan populariti dari rakyat.

HANIZA MOHD TALHA

KETUA WANITA SELANGOR

PARTI KEADILAN RAKYAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s